Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Orang Buta Jual Tisu...

KUALA LUMPUR - Menjadi tukang urut, menyanyi di kaki lima, menganyam bakul atau...

Realiti: Lima Muzium Paling...

MUZIUM sering disalah tafsir sebagai tempat penyimpanan barang lama malah lebih teruk apabila...

Tindakan 3 ADUN Lompat...

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional(BN) Johor menyifatkan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri...

Status Masjid Al-Aqsa Perlu...

KUALA LUMPUR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap status...

Kelar Anak: JKM Pahang Beri Khidmat Kaunseling

KUANTAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang kini memberi bantuan kaunseling kepada anggota keluarga kanak-kanak berusia setahun tujuh bulan yang maut dikelar ibu kandungnya pada Ahad lalu.

Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin berkata selain suami suspek, kauseling melibatkan dua lagi anak mereka yang berusia tujuh dan lima tahun bagi memastikan mereka tidak mengalami trauma akibat kejadian.

“JKM juga memberikan bantuan tabung segera sebanyak RM300 kerana difahamkan mereka mengalami masalah kewangan ekoran suami suspek yang bekerja sendiri jarang mendapat peluang kerja.

“Mereka banyak dibantu ibu suami suspek. Semakan JKM juga mendapati mereka tidak pernah memohon bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini,” katanya semasa dihubungi, di sini hari ini.

Zulkhairi berkata JKM akan terus memantau keluarga itu dari semasa ke semasa dan bantuan akan diberikan mengikut keperluan dan kelayakan mereka.

Pada Ahad lalu, polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana dipercayai mengelar leher anaknya di bilik tidur rumah mereka di Felda Jengka 13, Maran selepas dipercayai mengalami halusinasi.


Kejadian dipercayai berlaku pada 8.40 malam selepas suspek membawa mangsa yang sebelum itu tidur di ruang tamu bersama-sama bapanya, masuk ke bilik tersebut.

Perbuatan itu disedari suami suspek yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Jengka namun mangsa disahkan telah meninggal dunia. – BERNAMA

Kategori