Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nadal Panaskan Perburuan Emas...

RAFAEL Nadal akhirnya memastikan bakal mengukuhkan Sepanyol dalam memburu pingat emas di Olimpik Rio...

Pekerja Kedai Perkakasan Maut...

SEGAMAT - Seorang pekerja am di sebuah kedai perkakasan di sini maut dipercayai...

Ukraine Minta Lebih Banyak...

KYIV: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd...

Beberapa Suspek Di Bawa...

SUBANG JAYA - Beberapa suspek yang ditahan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri...

Kemalangan Bas: Wanita Maut, 10 Cedera Ringan

KUALA LUMPUR – Seorang penumpang wanita maut manakala 10 lagi cedera apabila bas dinaiki terbalik di Km 33.3 Lebuhraya Karak menghala ke ibu negara.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, bas ekspres membawa 40 penumpang dan seorang pemandu itu dalam perjalanan dari Jerantut, Pahang ke Shah Alam dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba Selangor, Alimaddia Bukri berkata 29 lagi penumpang dan pemandu bas itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Emylia Mohd Zaki, 35.

“Sebuah jentera bersama 32 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Bentong bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 6.34 petang.

“Usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit selesai pukul 9.30 malam, mangsa yang maut adalah yang terakhir dikeluarkan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui lokasi kejadian malam ini.


Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia, Leftenan Kolonel Lokman Hakim Abdul Rahman berkata mangsa-mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang.

“Seramai 35 anggota daripada APM Wilayah Persekutuan dan Bentong dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt. Tey Kong Seng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya kini berada di lokasi untuk menjalankan siasatan. – BERNAMA

Kategori