Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

ADUN DAP Sifatkan Kor...

IPOH - ADUN Pokok Assam dari DAP, Leow Thye Yih yang meletak jawatan...

Korea Utara Lancar Peluru...

PYONGYANG - Ā Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik di seluruh Jepun, langkah...

5 Ditahan Dipenjara, Selepas...

KUALA LUMPUR - Lima daripada 14 individu, yang didakwa terhadap pertuduhan mengembangkan kepercayaan...

Akibat Tak Pakai Underwear,...

ANAK lelaki kepada penyanyi Datuk Ifa Raziah kini sedang dirawat di sebuah hospital...

‘Kembar’ Jong-un Disoal Siasat 2 Jam Di Singapura

SEORANG ‘kembar’ Kim Jong-un disoal ketika tiba di Singapura sebelum sidang kemuncak Amerika Syarikat (AS)-Korea Utara serta diarah menjauhkan diri dari kawasan di mana acara berlangsung.

Penghibur pengajuk yang berpangkalan di Hong Kong, China dan dikenali dengan nama Howard X, mendapat perhatian seluruh dunia kerana sering meniru gaya pemimpin Korea Utara itu sejak beberapa bulan lalu.

Dia malahan pernah muncul di Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang di Korea Selatan bersama ‘kembar’ Donald Trump. Secara kebetulan kontinjen Korea Utara turut julung kali menyertai temasya berkenaan.

Uniknya kedua-dua pengajuk tersebut dijangka mengambil bahagian dalam satu sidang kemuncak alternatif sebelum pertemuan sebenar antara Presiden AS dan Jong-un pada Selasa di Hotel Capella, Sentosa.

Namun Howard X dilaporkan media berkata, apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, dia ditahan oleh seorang pegawai imigresen Singapura dan kemudian terpaksa disoal siasat selama dua jam.


“Mereka geledah beg saya dan beritahu saya ini adalah masa sensitif untuk berada di Singapura. Saya seharusnya menjauhkan diri dari Pulau Sentosa serta Hotel Shangri-La di bandar ini,” katanya dalam tulisan di Facebook.

Trump dan Jong-un akan mengadakan pertemuan bersejarah di pulau peranginan popular Sentosa, di luar pulau utama republik ini sementara Presiden AS tersebut dilaporkan menginap di Hotel Shangri-La.

Bagaimanapun Howard X berkata, dia akhirnya dibenarkan masuk ke republik ini dan kini bersedia untuk berseronok ketika saat bersejarah tumpuan dunia itu berlangsung. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori