Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

PDRM Umum Pertukaran 4...

KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran empat lagi...

Malaysia Salur Lebih AS$2...

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia menyalurkan lebih AS$2 juta kepada Turkiye dan Syria susulan...

Bunuh Pengedar Dadah Di...

MANILA - Perang pembasmian dadah yang digerakkan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ternyata menjadi...

Misi 11,000KM 132 Warga...

Kuala Lumpur : Belayar sejauh lebih 11,000 kilometer untuk mengharumkan nama negara. Itu...

Persatuan Sambut Baik Kenaikan Harga Gas Asli

KUALA LUMPUR – Penjajaran harga gas tempatan dengan pasaran antarabangsa telah mewujudkan persekitaran yang berdaya saing dan dinamik, di samping menggalakkan pengagihan penggunaan dan sumber secara berkesan, kata Persatuan Gas Malaysia (MGA).

MGA yang menyokong semakan semula tarif gas asli untuk sektor bukan tenaga di Semenanjung Malaysia bagi 1 Julai hingga 31 Dis, 2018 yang baru diumumkan, berkata langkah itu akan memastikan keselamatan tenaga di negara ini.

“MGA memuji usaha liberalisasi pasaran kerajaan, termasuk kelonggaran dalam harga gas untuk mencapai harga berdasarkan pasaran.

“Sebagai persatuan yang bertanggungjawab ke atas industri gas asli negara, MGA komited untuk membantu pertumbuhan industri dan menganggap pengumuman ini sebagai langkah progresif oleh kerajaan dalam membangunkan lagi pasaran gas,” kata Ketua Setiausaha MGA, Rosman Hamzah dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata MGA yakin medan permainan yang saksama, dalam jangka panjang akan meningkatkan penyertaan dan mengorak langkah bagi kemajuan sosio-ekonomi yang lebih kukuh dalam negara.


Semakan itu, yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga, telah diumumkan oleh Gas Malaysia Bhd hari ini.

MGA berkata ia akan terus meningkatkan kesedaran mengenai manfaat gas asli, memperluaskan penerimaan dalam pembaharuan pasaran gas di Malaysia dan membantu pertumbuhan industri gas asli. – BERNAMA

Kategori