Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Minta Kakitangan Kerajaan Potong...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu lebih banyak...

Pembangkang Diingat Jangan Bawa...

YAN - Pihak pembangkang diingatkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dengan...

Kampung Tersejuk Di Dunia,...

  SEBUAH kampung di Rusia, Oymyakon merupakan kawasan paling sejuk di dunia, Purata suhunya...

PRK Rompin: Hishammuddin Puas...

MUADZAM SHAH - Penyelaras Barisan Nasional (BN) bagipilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin...

Kenapa Jho Low Diberi Tugas Penting, Ini Jawapannya!

ISU Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan Datuk Seri Najib Razak tampil menerangkan kenapa beliau percayakannya.

Lapor Astro Awani, Jho Low menurut bekas perdana menteri itu, mempunyai hubungan strategik dengan kepimpinan Raja Arab Saudi, Allahyarham Raja Abdullah Abdulaziz dan kerabatnya serta istana beberapa negara.

Ini terutamanya Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang agak strategik dan kemungkinan besar dapat memberi faedah besar dalam aspek pelaburan jangka masa panjang kepada Malaysia sendiri.

Selain itu, Jho Low sudah mengawal tiga syarikat tersenarai di Malaysia dan mempunyai pelaburan dalam projek Iskandar Johor dengan dana dikatakan dari Asia Barat sebelum 1MDB wujud lagi.

“Dia membina hubungan ini yang boleh memberikan nilai kepada Malaysia. Itu konteksnya. Apa yang dia buat dengan mereka di luar pengetahuan saya.

“Dalam konteks itu Jho Low mewakili rakan-rakan kongsi di Asia Barat dan rundingan serta perkongsian dengan 1MDB.

“Dia ketika itu berjaya kagumkan banyak pihak, termasuk saya dengan hubungan baiknya dengan pemimpin Asia Barat,” kata Najib.

Beliau turut menyatakan bahawa 1MDB pernah ditawarkan bekerjasama dengan syarikat minyak PetroSaudi oleh Allahyarham Raja Abdullah.

“Malah, kedutaan Arab Saudi di Malaysia, termasuk beberapa bank utama di sana, menulis surat sokongan untuk PetroSaudi,” ujarnya.


PetroSaudi dimiliki oleh Putera Turki Abdullah Al Saud, putera ketujuh Raja Abdullah. Putera Turki kemudian menjadi timbalan gabenor dan kemudian gabenor Riyadh, kota paling besar di Arab Saudi.

Kelebihan yang dimiliki ini memberi manfaat kepada Malaysia selain dapat membina hubungan dengan negara Timur Tengah berkenaan.

Buktinya, Arab Saudi telah membantu permohonan tambahan kuota haji untuk Malaysia disebabkan hubungan baik antara kedua-dua negara ini.

Mengulas soalan sama ada beliau ada berhubungan dengan Jho Low ketika dakwaan terhadap bilionair itu muncul semula, Najib berkata ia sudah lama berlalu.

“Ya, saya ada (berhubungan dengan dia) dan dia kata bukan untuknya. Katanya dia bertindak bagi pihak istana Timur Tengah. Itu jawapannya,” ujarnya.

Berhubung kapal layar mewah Equanimity, Najib tidak menyedari kewujudannya dan beliau tidak bertanyakan hal tersebut kepada Jho Low. – Mynewshub.tv

Kategori