Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mohamad Dilantik Pengarah PRN...

KUALA LUMPUR : Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik...

Lawak… Bila Si Pengugut...

Kadang-kadang, orang yang suka mengugut ni bukannya berani sangat.Sebagai contoh, screenshot perbualan mesej...

Rain, Isteri Belanja RM5k...

KESEDERHAAN. Itu yang menjadi pilihan pasangan selebriti popular dari Korea Selatan, Rain dan...

Jamal ‘Seru’ Mahathir Jadi...

KUALA LUMPUR - Pemimpin gerakan Baju Merah hari ini telah 'menyeru' Dr. Mahathir...

“Kenapa Pendatang Asing Tidak Boleh Masak Pulak?”

CEF selebriti terkenal, Datuk Redzuwan Ismail terkesan dengan kenyataan ‘bodoh’ Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berhubung isu pengambilan tukang masak asing disekat kerja di restoran yang diumumkan semalam.

Memetik mStar Online, bapa aktres Serina itu berpendapat tindakan kerajaan menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai sebagai tidak wajar.

Malah, beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Wan turut menyifatkan keputusan itu seolah-olah meletakkan diskriminasi terhadap pendatang asing yang bekerja secara sah sebagai tukang masak di negara ini.

“Makanan seperti cinta yang tiada batasan. Ramai cef dari Malaysia yang bekerja di pelbagai bandar di seluruh dunia dan mereka juga melakukan perkara sama.

“Soalan saya kepada menteri itu, mengapa pendatang ke negara ini tidak boleh memasak masakan Malaysia hanya kerana status mereka bukan orang tempatan?

“Kenapa perlu kita mendiskriminasikan mereka? Negara lain tidak pula layan bangsa lain seperti penduduk kelas kedua,” tulis Chef Wan menerusi entri di Instagram miliknya, hari ini.

Entri Dimuat naik Chef Wan Di Instagram Miliknya.

Ujar Chef Wan lagi, keputusan yang dibuat tidak akan menjadikan kualiti dan standard makanan ke arah yang lebih baik, sebaliknya kita perlu melihat kelemahan diri sendiri terlebih dahulu.


“Sikap cef Malaysia sebenarnya yang perlukan perubahan besar daripada kita menunding jari pada orang-orang asing ini… Adalah lebih baik kita lihat kelemahan diri sendiri.

“Jika ada cef tidak bagus, kita didik mereka, tingkatkan kemahiran mereka. Jika ada sifat pengotor, ajar lah dan sentiasa awasi restoran untuk memenuhi tahap kebersihan dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Kulasegaran dalam satu kenyataan kontroversi mengumumkan mulai awal tahun 2019, semua restoran tempatan diminta hanya menggunakan khidmat tukang masak warga tempatan.

Menurutnya, peraturan pelik itu akan mengurangkan kebergantungan restoran tempatan kepada tenaga kerja asing dan konon bagi memastikan kualiti makanan terjamin. – MYNEWSHUB.CC

Kategori