Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

APMM Tahan 25 Nelayan...

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga buah bot nelayan...

“Hello, Bini Dia Kat...

BAGI peminat yang mengikuti perkembangan pelakon ini, pasti sudah tahu bahawa Wawa Zainal...

17,18 Mei Diisytihar Cuti...

KUCHING - Kerajaan negeri hari ini mengisytiharkan 17 dan 18 Mei sebagai hari...

PICKids: Pantau Kesan Sampingan,...

KUALA LUMPUR : Ibu bapa perlu memantau tahap kesihatan anak-anak selepas diberikan suntikan...

Keputusan KJ Bertanding Tepati Kehendak Rakyat

KANGAR – Pengumuman Khairy Jamaluddin untuk bertanding sebagai Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang disifatkan sebagai tepat dan menepati kehendak rakyat.

Menurut Exco Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya, keputusan Khairy untuk bertanding dilihat mengimbangi kehendak rakyat serta ahli parti yang berharap Ketua Pemuda UMNO itu dalam membawa perubahan drastik kepada parti.

Jelasnya lagi, Khairy membawa suara anak muda selain sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia memandangkan beliau mempunyai reputasi yang cukup baik dalam arena politik negara.

Khairy Jamaluddin

Malah, Fathul Bari berkata, perkara itu dapat dilihat melalui media sosial di mana ramai netizen menyambut baik keputusan Khairy untuk bertanding sebagai presiden UMNO pada pemilihan parti yang dijangka berlangsung 30 Jun ini.

Beliau berkata, situasi di media sosial itu boleh dijadikan sebagai kayu ukuran netizen yang rata-ratanya terdiri daripada anak muda sememangnya menerima baik keputusan Khairy untuk bertanding.

“Kita tidak boleh lihat apa yang ahli mahukan sahaja, sebaliknya dalam keadaan UMNO sekarang, kehendak rakyat perlu sama dilihat. Kedua-dua itu perlu diimbangi,” katanya memetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Semalam, Khairy mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden UMNO semata-mata bagi memastikan kelangsungan dan masa depan parti keramat itu.

Khairy berkata, dia sedar dan mengakui tidak memiliki pengalaman luas, namun mahu dilihat mewakili generasi peralihan dalam UMNO untuk membina semula parti itu mengikut acuan terkini tanpa melupakan asas penubuhannya.


Tengku Razaleigh Hamzah

Sehari sebelum itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengesahkan akan bertanding bagi jawatan tersebut selepas meneliti kedudukan dan situasi UMNO terutama berkaitan soal kepimpinannya.

Selain Khairy dan Tengku Razaleigh, turut mengumumkan akan bertanding bagi jawatan presiden parti sebelum ini adalah Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan penulis blog, Rahmat Azim Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Fathul Bari juga menyifatkan dua lawan Khairy iaitu Ahmad Zahid dan Tengku Razaleigh merupakan antara tokoh hebat dan sememangnya layak diketengahkan sebagai Presiden UMNO.

“Apa jua sekalipun saya harap pemilihan kali ini berlangsung dalam suasana penuh kekeluargaan,” tuturnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori