Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

30% Atlet Ke Sukan...

PUTRAJAYA - Hampir 30 peratus daripada keseluruhan 653 atlet negara sudah menjalani ujian...

Wanita Mengamuk Tak Dapat...

SEORANG wanita mengamuk di sebuah kedai telefon bimbit berjaya dirakam kamera litar tertutup...

Inti Pati Ekonomi Untuk...

KUALA LUMPUR - Berikut ialah inti pati Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana...

Komitmen Kempen ‘Negaraku’ MAS...

KUALA LUMPUR - Komitmen Malaysia Airlines (MAS) menyertai inisiatif kempen "Negaraku" wajar dicontohi...

Kerajaan P.Pinang Pantau Dan Selia Projek PR1MA

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri kini dibenarkan untuk memantau dan mengawasi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di negeri ini bagi pihak agensi Persekutuan, kata seorang anggota Exco negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo berkata projek PR1MA di negeri ini telah lama tertangguh semasa tempoh akhir pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Selepas berbincang dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, beliau bersetuju untuk membenarkan kami memantau dan mengawal selia kemajuan projek itu daripada agensi persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak PR1MA di Kampong Kastam, Jalan Bukit Gambir di sini hari ini.

Beliau juga menjangka tiada kelewatan daripada mana-mana projek perumahan, tanpa mengira sama ada projek kerajaan negeri atau projek perumahan mampu atas inisiatif Persekutuan di Pulau Pinang, untuk kepentingan rakyat negeri ini.

Bagaimanapun, Jagdeep berkata projek PR1MA di Kampong Kastam telah mendapat lampu hijau daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

“Bagi Pulau Pinang, kami menerima tiga permohonan yang telah diluluskan, dua di Kampung Kastam manakala satu lagi di Batu Ferringhi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Ideal projek PR1MA Kampong Kastam Tan Sri Alex Ooi berkata kumpulan itu menjangkakan projek itu akan bermula menjelang akhir tahun ini.


Beliau berkata fasa pertama projek itu akan mengandungi 907 unit rumah mampu milik dan 257 unit rumah kos sederhana rendah di kawasan seluas 3.2 hektar di Kampong Kastam.

“Rumah mampu milik berukuran 850 kaki persegi itu akan berharga tidak lebih RM300,000 manakala rumah kos sederhana rendah 650 kaki persegi berharga sekitar RM72,500,” katanya.

Ooi berkata projek itu akan siap tiga tahun dari tarikh ia mula dibina.

Projek itu terdiri daripada dua blok bangunan yang dilengkapi kemudahan seperti gimnasium, gelanggang futsal, surau dan bilik mesyuarat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PR1MA

Kategori