Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Doktor Selamatkan Tangan Budak...

PETALING JAYA - Dr Dalvinder Singh, 29, baru sahaja tiba di Lapangan Terbang...

Polis Terima Laporan Runtuhan...

KOTA KINABALU - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan pihaknya menerima...

Premis Tak Ikut Spesifikasi...

SIK - Mana-mana premis di Kedah, termasuk sekolah pondok dan pusat tahfiz, yang...

Sultan Nazrin Berangkat Ke...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke...

Kerajaan Perlu Tubuh Agensi Usahawan Bumiputera

PERSATUAN Peruncit Bumiputera menuntut kerajaan mewujudkan sebuah agensi atau jabatan khusus yang dapat berperanan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) sebelum ini.

Naib presidennya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata permintaan itu diajukan bagi membantu membangunkan usahawan dan peruncit tempatan khususnya bumiputera.

Menurutnya, sehingga kini tiada agensi pusat yang benar-benar berperanan dalam membantu usahawan kecil bumiputera dalam membangunkan perniagaan masing-masing.

ā€œAda di antara mereka sebelum ini yang pergi ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi mendapatkan bantuan dan sebagainya.

ā€œSekiranya tidak seperti sebuah kementerian pun, wajar untuk ditubuhkan sebuah jabatan besar yang dapat dijadikan rujukan kerana ada isu-isu kecil berkaitan usahawan kecil dan sederhana bumiputera yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan untuk diselesaikan,ā€ katanya pada akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan, di Menara Ilham, ibu kota.


Tambahnya lagi, menerusi jabatan atau agensi khas tersebut, kerajaan sudah tentu dapat memperuntukkan bantuan termasuk khidmat nasihat kepada usahawan-usahawan kecil dan sederhana tempatan.

Beliau harap inisiatif tersebut dapat dilaksanakan bagi mengembangkan dan memajukan perniagaan yang juga bakal dapat manfaatnya buat negara.Ā ā€“Ā MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Kategori