Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Betul Ke? Peserta Sokong...

PERTELINGKAHAN antara pemimpin tertinggi dalam Malaysian Indian Congress (MIC) sejak hujung tahun lalu...

Wanita Bertindak Agresif Semasa...

KUALA LUMPUR -- Seorang wanita bertindak agresif dan enggan memberi kerjasama kepada polis semasa ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Op Mabuk di Selangor malam ini.

Laporan Bedah Siasat Belum...

KUALA KUBU BHARU: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 10 Disember ini bagi sebutan...

Cuaca Panas Melampau Di...

BUENOS AIRES : Penduduk berasa bagai dipanggang apabila sebahagian besar Argentina dan negara-negara...

Kerajaan PH Kata Konon Janji Ditunda, Padahalnya…

ALASAN Pakatan Harapan (PH) untuk mungkiri sebahagian besar janji 100 hari seperti mana dalam manifesto blok itu kerana mereka ‘dapat tahu’ mengenai tohmahan hutang RM1 trillion adalah tidak masuk akal.

Hakikatnya hutang rasmi kerajaan kekal 50.8% tetapi semua liabiliti luar jangka yang tiada kaitan tiba-tiba ditambah oleh menteri kewangan PH sebelum diulangi oleh banyak pemimpin mereka sendiri.

Jaminan luar kunci kira-kira ini tidak pernah tersembunyi dan penyata tersebut lazimnya disiarkan dalam pelbagai laporan warta kerajaan seperti ditetapkan garis panduan antarabangsa.

Justeru mereka tidak “hanya mendapat tahu” sesuatu yang telah lama diketahui umum. Sebenarnya, pengumuman hutang RM1 trilion yang sengaja digembar-gemburkan mereka itu ternyata adalah palsu.

Boleh dikatakan, hutang RM1 trilion ini kini telah digunakan sebagai alasan rasmi pihak kerajaan PH untuk tidak memenuhi segala janji-janji manis mereka setelah menang Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Lebih kelakar lagi apabila menteri kewangan PH. Lim Guan Eng yang terpalit pelbagai skandal rasuah, tiba-tiba boleh berkata bahawa konon janji-janji ini hanya akan dipenuhi apabila “keadaan hutang baik”.

Namun, dalam pengumuman yang sama hari ini beliau berkata defisit bajet akan meningkat daripada RM39.8 bilion kepada RM40.1 bilion – yang bermaksud ia adalah MENAMBAH hutang negara dan tidak mengurangkannya.

Jadi, jika anda ingin menunggu “keadaan hutang bertambah baik supaya mereka (PH) dapat menyampaikan janji-janji mereka”, maka anda boleh tunggu masa yang panjang atau langsung terlupa terus.

Jadi, apakah masalah utama sekarang?

Mudah… Kerajaan PH menentang segala nasihat pakar ekonomi, tetapi sifarkan GST dan meletakkan kembali sistem SST kuno yang mana hanya Myanmar sahaja masih lagi menggunakan percukaian itu.

(Bagaimanapun, dalam 3 bulan “pengecualian cukai” pembeli Porsche akan berterima kasih kerana memberi mereka diskaun RM80,000 disebabkan tiada GST. Tetapi ketawa riang pada diskaun RM2,000 untuk MyVi anda)

Dan akibat menentang nasihat pakar ekonomi, PH kini memberi subsidi petrol sekali lagi ketika subsidi minyak di Arab Saudi dan seluruh rantau Timur Tengah telah dihapuskan. Pada dasarnya kita kini sama seperti Nigeria.

Dan lebih buruk, kerajaan PH juga menyerang Khazanah, BNM dan juga Petronas untuk membayar semua ini. Pada dasarnya, pengaliran jangka panjang negara kita untuk meraih populisme jangka pendek yang tidak lestari.

Lebih teruk lagi, PH juga memotong projek infrastruktur penting yang mana dalam jangka pendek bermakna kurang wang dalam kitaran ekonomi dan pertumbuhan pasaran serta peluang pekerjaan yang lebih rendah.

Keputusannya? Kebanyakan janji pelik manifesto PH tidak akan dipenuhi. Lebih malang pemberian bonus hari raya untuk peneroka FELDA tiada lagi!


Penerima BR1M (oops maaf, BASAH) akan dipotong bilangan penerima daripada tujuh juta kepada cuma dua juta. Jumlahnya juga dipotong (bukan RM2,000, anda hanya akan menerima sebanyak RM1,200 sahaja).

Bonus hari raya untuk sekor petugas perkhidmatan awam dan pesara dipotong dengan banyak malah kenaikan gaji kakitangan kerajaan juga tiada lagi.

Hasilnya, ekonomi akan perlahan jatuh tahun ini dan kadar pengangguran dijangka meningkat. Kesamaan pendapatan akan meningkat. Penjawat perkhidmatan awam pula akan menjadi miskin.

Kadar 20% royalti minyak dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak? Pendapatan cukai bersih 40% kembali kepada mereka? Ha ha ha .. hanya angan-angan kosong yang tidak akan mampu dilaksanakan.

KWSP, Tabung Haji, dividen PNB turun tahun ini disebabkan oleh pasaran saham yang rosak oleh warga asing yang jijik bahawa Kementerian Kewangan kita bodoh dan terus bermain politik dengan angka palsu.

Sekurang-kurangnya anda masih boleh menyumbang kepada Tabung Harapan dan merasakan bahawa anda telah melakukan perkara yang baik konon patriotik demi negara tercinta.

Walaupun sebenarnya anda bantu mengutuk negara sendiri dengan mengundi sekumpulan pembohong yang secara terang-terangan menipu kepada anda dan tidak pernah mempunyai niat untuk menunaikan janji-janji.

Bagaimana isu Najib dan 1MDB? HA HA HA… Kamu boleh mencurahkan cemuhan dan penghinaan ke atas bekas perdana menteri itu dengan sepuas hati.

Namun, hal itu sama sekali tidak meletakkan lebih banyak wang ke dalam poket kamu, menjadikan ekonomi lebih baik mahupun menghentikan dividen KWSP/ASB anda.

Sekurang-kurangnya Najib tidak pernah memungkiri janji-janjinya.

Esok, lebih ramai rakyat Malaysia akan bangun dengan perasaan yang membingungkan bahawa mereka hanya diserang oleh pihak kerajaan PH sendiri. – Anti-Wayang

*Video Hanya Sekadar Hiasan…

Kategori