Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Zahid Bincang Dengan KPN...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan...

Cuba Teka Berapa Usia...

BERBEKALKAN gambar di atas cuba anda teka berapa umur wanita berbadan ramping bak...

Kepala Rabak Dibelasah Penyamun...

KOTA TINGGI - Seorang tenaga pengajar sekolah memandu cedera di kepala apabila dipukul dengan...

Majalah TIME Iktiraf Nasi...

MAKANAN kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak kini diiktiraf sebagai salah satu daripada 10...

Kerana SM Faisal, Puteri Kena Label Artis ‘Pilih Bulu’

NAMA pelakon Puteri Aishah kini semakin hari sering dikaitkan dengan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin kerana sebelum ini ada ura-ura mengatakan kononnya mereka menjalinkan hubungan cinta.

Baca: Puteri Aishah Jelaskan Hubungan Dengan SM Faisal

Namun bagi Puteri, kemungkinan Faisal merupakan ahli perniagaan terkenal, jadi disebabkan itu mereka sering digosipkan sedang bercinta walaupun beberapa kali telah menafikan dakwaan tersebut.

“Saya tiada teman lelaki! Sebelum ini pun saya sudah jelaskan hubungan saya dengan dia (Faisal) hanya rakan biasa sahaja.

“Orang terus mengaitkan kami mungkin kerana Faisal adalah VIP dan dikenali ramai sebab itu orang beri perhatian walaupun pada hakikatnya tiada apa-apa,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Bagaimanapun bagi pelakon muda berusia 23 tahun itu, dia sama sekali tidak mahu terlampau ambil pusing kerana telinganya bagaikan sudah lali dengan kontroversi tersebut.

Disebabkan hubungan baiknya bersama dengan Faisal diketahui ramai, maka wujudlah beberapa spekulasi mengatakan dia hanya mahu berkawan dengan golongan elit dan tertentu sahaja.

Namun pelakon drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku itu menegaskan bahawa dia sememangnya berkawan dengan semua orang tanpa mengira golongan.


“Orang hanya nampak saya berkawan dengan VIP sahaja tetapi hakikatnya orang kebanyakan pun saya kawan.

“Tetapi dengan VIP yang orang beri perhatian dan saya bebas berkawan dengan siapa sahaja kerana saya bukan memilih bulu dalam menjalinkan persahabatan,” ujarnya lagi.

Kini, Puteri sedang sibuk menjalani penggambaran bagi drama Terima Aku Seadanya sebelum dia mula bercuti bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri beberapa minggu lagi.

Selain drama, Puteri turut terikat dengan aktiviti mempromosikan filem pertama lakonannya bersama dengan hero Malaya iaitu Remy Ishak berjudul Pulang yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori