Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KPKT Cari Tanah Wakaf...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengenal pasti tanah...

Polis Kesan Pemilik Kenderaan...

IPOH - Polis sedang mengesan pemilik kenderaan Nissan Almera dengan nombor pendaftaran AJK...

PM India Ucap Takziah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri India Narendra Modi melahirkan rasa dukacita atas pemergian...

Tender Nafas: Ada Pegawai...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mendakwa terdapat cubaan sabotaj...

KSAB Sesak Disebabkan Penutupan Kaunter

JOHOR BAHRU – Penutupan kaunter di laluan masuk Link Ke-2, Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah di sini yang tidak mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) dikenal pasti turut menjadi punca berlakunya kesesakan teruk di pintu masuk negara itu pada Rabu lepas.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata pihaknya telah mengambil tindakan segera bagi mengelakkan perkara itu daripada berulang dan sedang menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti pelanggaran SOP itu.

‘’Tindakan tegas akan diambil jika didapati berlaku sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai JKDM. Hasil pemantauan yang dilakukan mendapati trafik kembali lancar di laluan masuk Link Ke-2, KSAB pada 7 Jun (semalam),” menurut kenyataan itu hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T. Subromaniam berkata punca kesesakan teruk di laluan masuk Link Ke-2, KSAB adalah disebabkan kerja-kerja penurapan jalan dan menaik taraf kawasan menunggu Kompleks Kastam bermula pada 6 Jun lepas dan dijangka siap pada 17 Jun ini.

Katanya, disebabkan keadaan itu, semua lori terpaksa melalui satu lorong sahaja bagi tujuan pemeriksaan dan pelepasan Kastam.


Selain itu, sikap pemandu lori bermuatan dan lori kosong yang suka memotong barisan sehingga menghalang laluan kenderaan ringan dan bas penumpang turut menyumbang kepada kesesakan trafik. – BERNAMA

Kategori