Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Hakim Syarie Dilepas...

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini melepas dan membebaskan...

MH360 Ke Beijing Berpatah...

PUTRAJAYA - Penerbangan Malaysia Airlines MH360 pada 9 November yang berlepas dari Kuala...

Azizulhasni Gagal Raih Gangsa...

INCHEON - Kesilapan percaturan gear berikutan cuaca mendung menyebabkan jaguh trek negara, Azizulhasni...

Harga RON95, RON97 Turun...

HARGA runcit petrol RON95, RON97 dan diesel bagi 8 hingga 14 Ogos 2020,...

Ketua UMNO Bahagian Pontian Tanding MT UMNO

JOHOR BAHRU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Hasni Mohammad hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti itu, 30 Jun ini.

Ketua UMNO Bahagian Pontian itu berkata sudah tiba masanya kepimpinan UMNO perlu dibarisi muka-muka baharu dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti.

“Kita perlu kembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan terus melakukan usaha agar parti diterima semula sekali gus menyemarakkan kembali semangat perjuangan kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasni menyertai UMNO pada 1989 dan memegang jawatan ketua UMNO Bahagian Pontian sejak 2001, menawarkan diri buat pertama kali untuk membarisi kepimpinan tertinggi parti.

Beliau kini merupakan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Johor. – BERNAMA

Kategori