Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

IKEA Tarik Balik Buaiannya...

KUALA LUMPUR - IKEA hari ini menggesa pelanggannya yang mempunyai buaian kanak-kanak GUNGGUNG...

“Itu Bukan Suara Saya,”...

KLANG - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak tidak...

Kes Mingguan HFMD Di...

SHAH ALAM : Jumlah kes mingguan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang...

Tiada Laporan 3 Pelajar...

MELAKA - Kementerian Kesihatan pada masa ini tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan...

Khairul Azwan Ucap Tahniah, Sedia Bantu Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Calon Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang dipilih perwakilan untuk menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baharu.

Menerusi satu kenyataan akhbar yang dimuat naik di Facebooknya, Khairul Azwan menawarkan diri membantu kepimpinan Dr. Asyraf serta Pemuda UMNO yang kini memasuki era pemulihan dan pembaharuan.

Baca: Asyraf Wajdi Ketua Pemuda, Zahida Ketua Puteri

Khairul Azwan turut berharap dengan usainya pemilihan bahagian sayap UMNO itu, semua pihak yang bertanding UMNO dapat kembali bersatu serta saling bermaafan untuk mara ke hadapan bersama.

Jelasnya, mereka semua perlu menjadi pembangkang yang berwibawa serta menjadi alternatif terbaik kepada rakyat dalam menentang kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam masa sama, beliau yang juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO itu meminta Dr. Asyraf untuk mempertimbangkan segala agenda pembaharuan yang dibangkitkan olehnya sewaktu berkempen bagi jawatan tersebut.

“Saya berharap Dr. Asyraf akan mempertimbangkan reforms yang telah digariskan dalam manifesto saya tempoh hari iaitu meletakkan had umur Ketua Pemuda UMNO dan had umur keahlian Pemuda menjelang 2021.

“Memperkenalkan sistem pendaftaran ahli yang lebih mudah dan pantas, dan membenarkan ahli sayap mengundi secara terus calon-calon pimpinan sayap bagi memastikan politik wang dapat dihapuskan,” katanya dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, Khairul Azwan menegaskan bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Senator dalam Dewan Negara dan akan bertugas sehingga tempoh tamat.


Khairul Azwan berkata, beliau akan sentiasa berusaha menjadi contoh seorang Ahli Dewan Negara yang adil dan menyokong sekiranya sesuatu rang undang-undang itu baik.

Tambahnya, beliau juga bersedia mengkritik jika sesuatu rang undang-undang itu tidak memberi kesan yang baik terhadap negara.

“Tidak kira dari parti mana anda memihak, kini kita berjuang demi Malaysia yang lebih berjaya.

“Terima kasih Pemuda UMNO atas segala persahabatan dan bantuan selama ini. Setiap liku dan ranjau, ketawa dan duka, kenangan indah kita bersama tidak akan dilupakan selamanya,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori