Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kemuncak AS-ASEAN Berjaya, Produktif

SUNNYLANDS - CALIFORNIA. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Sidang Kemuncak...

Pantau Had Masa Pelanggan...

KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan pusat beli-belah tidak berupaya untuk mengawal dan memantau...

Rondaan Berkuda Di Sempadan...

PASIR MAS - Rondaan berkuda di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dijangka akan bermula...

Pekerja Warga Asing Disyaki...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyaki kes malaria membabitkan 14 individu termasuk...

KJ Sahut Cabaran Ku Li, Zahid Belum Beri Kata Putus

NADA berbeza dilontarkan dua calon yang bertanding jawatan Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai cabaran Tengku Razaleigh untuk calon jawatan itu berdebat.

Khairy yang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO mengalu-alukan cadangan Tengku Razaleigh itu apabila mengakui bersedia untuk berdebat pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, Khairy berkata persiapan lengkap mengenai perdebatan itu itu perlu dijalankan terlebih dahulu.

Ini termasuklah perbincangan mengenai perjalanan debat yang akan dilangsungkan serta mengenal pasti individu yang sesuai untuk menjadi moderator.

Khairy Jamaluddin

Ahli Parlimen Rembau itu juga sedia membuat pengisytiharan harta sebagai langkah menunjukkan ketelusan calon bagi merebut jawatan Presiden UMNO.

 “Ok, sudah tentu, ada yang kata tak perlu debat sebab ini pemilihan dalam keluarga (UMNO), tapi kenapa tidak?

“Kena bincang siapa yang akan jadi hos dan sebagainya seperti deklarasi (harta) serta membuat persiapan,” katanya memetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Khairy berkata demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, ketika ditemu bual Astro Awani, Tengku Razaleigh mencabar Khairy dan Ahmad Zahid untuk berdebat dan mengisytiharkan harta masing-masing.

Tambah Khairy, rakyat juga ingin menyaksikan debat itu menjadi kenyataan dan dalam masa sama akan menunjukkan kekuatan demokrasi parti dan politik negara.


“Calon diuji dan diukur melalui pemikiran, idea serta kesungguhan melalui visi yang jelas kepada rakyat.

“Mesej saya juga jelas iaitu untuk menguatkan UMNO supaya diterima oleh rakyat Malaysia,” jelasnya.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Sementara itu, Ahmad Zahid pula dilihat lebih berhati-hati apabila enggan memberikan kata putus mengenai perkara itu ketika ditemui media di Temerloh, Pahang, siang tadi.

Beliau yang merupakan pemangku Presiden UMNO sebaliknya hanya menyatakan itu adalah sekadar cadangan Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan Ku Li semata-mata.

Jelas Ahmad Zahid, perkara yang perlu ditekankan dalam pemilihan kali ini adalah supaya semua perwakilan dapat memilih calon terbaik.

“Tidak apalah, itu cadangan daripada dia (Ku Li). Yang kita berikan penekanan, pilih yang terbaik dalam kalangan yang baik-baik,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori