Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

4 Sekeluarga Termasuk Bayi...

SHAH ALAM - Empat sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut...

Video: Melancong Disneyland Shanghai?...

JIKA anda mempunyai impian membawa anak-anak melancong ke taman tema terkenal Disneyland, pastikan...

Rakyat Tidak Mampu Beli...

KUALA LUMPUR - Ketidakmampuan rakyat Malaysia untuk memiliki perumahan berasaskan nilaian harga semasa...

Gambar: Sempoi.. MB Kedah...

KALAU ditanyakan rata-rata rakyat Kedah sekarang, ramai yang akan cakap mereka suka dan...

“Konspirasi Terancang Jatuhkan Saya” – Idris Haron

MELAKA – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Idris Haron mendakwa tindakan anggota jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu yang mengemukakan usul supaya dirinya meletak jawatan adalah konspirasi terancang untuk menjatuhkannya.

Idris yang akan mempertahankan jawatan ketua UMNO Bahagian Tangga Batu pada pemilihan peringkat bahagian 30 Jun ini turut mendakwa sidang media diketuai Timbalannya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah telah dirancang serta diatur lebih awal.

Katanya menerusi usul yang dikemukakan itu beberapa kelemahan ditunjukkan oleh kumpulan berkenaan antaranya alasan yang umum, prosedur lemah bercampur emosi serta kenyataan tanpa fakta dan berasas dendam dengan desakan supaya undi tidak percaya dilakukan terhadap dirinya.

“Apabila melihat ada yang tidak kena dan dipengaruhi emosi, selaku pengerusi saya mengumumkan mesyuarat itu ditangguhkan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Pada mesyuarat jawatankuasa bahagian itu yang berakhir tengah malam tadi, anggota jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu mengemukakan usul Idris mengambil tanggungjawab atas kekalahan UMNO di Parlimen Tangga Batu dan negeri Melaka dengan meletak jawatan ketua bahagian serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.


Idris berkata beliau sudah mendapat pengesahan daripada ibu pejabat UMNO bahawa beliau masih kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu dan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.

Beliau tidak menolak kemungkinan isu itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan peluang dirinya untuk mempertahankan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO, namun peluang untuk menang masih ada. – BERNAMA

Kategori