Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Batal MRT2: 20,000 Pekerja,...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa pembatalan...

Senarai Penuh Calon BN...

KUALA TERENGGANU – Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding...

Jumlah Kes Sembuh COVID-19...

PUTRAJAYA - Bilangan kes sembuh harian sekali lagi mengatasi kes baharu apabila sebanyak...

Banjir Semakin Buruk, Mangsa...

KUALA LUMPUR - Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak berjumlah 103,649...

KPDNKK Perlis Periksa 94 Premis Dalam Op Catut 4.0

KANGAR – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis telah memeriksa 3,930 barangan di 94 premis perniagaan di negeri ini dalam Op Catut 4.0 sejak pelaksanaan GST sifar pada 1 Jun lepas.

Pengarahnya, Khairul Amin Talib berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada orang ramai mengenai salahlaku peniaga yang tidak mematuhi arahan dalam tempoh itu.

“Pegawai-pegawai saya akan terus membuat pemantauan dan pemeriksaan mengejut dari masa ke semasa walaupun tidak menerima aduan,” kata Khairul Amin kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri 2018 bagi negeri Perlis di Pasar Besar Sena di sini, hari ini.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya membuat aduan kepada pihaknya jika ada peniaga mengenakan harga tidak munasabah untuk diambil tindakan sewajarnya termasuk boleh didakwa di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Katanya kesalahan mengikut akta tersebut ialah denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu manakala denda untuk syarikat ialah RM500,000.

Khairul Amin berkata pemantauan yang dibuat di Pasar Besar Sena sejak hari ini mendapati para peniaga mematuhi peraturan dengan mempamerkan harga barang jualan dan dijual tidak melebihi harga siling ditetapkan.


Skim Kawalan Harga Musim Perayaan melibatkan sebanyak 19 jenis barangan antarnaya ayam, daging lembu, telur ayam, cili merah, bawang, kubis bulat, kelapa, ikan kembung, tomato dan bawang putih, katanya.

Katanya pengguna boleh membuat aduan dengan menghubungi Bilik Gerakan KPDNKK Perlis di talian 04-979500 yang beroperasi dari 8 pagi hingga 6 petang atau menggunakan aplikasi telefon pintar Ez ADU. – BERNAMA

Kategori