Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pihak Pendakwaan Akan Buktikan...

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid...

Wanita `Ahli Sihir’ Rawat...

NGERI….seorang wanita yang dianggap sebagai `ahli sihir’ didakwa mampu menyembuhkan penyakit hanya dengan...

SOP Pembukaan Sempadan Kini...

PUTRAJAYA : Prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan negara akan diumumkan dalam tempoh...

Kebimbangan 20,000 Kakitangan MAS

PETALING JAYA - Pada tahap ini kebimbangan 20,000 pekerja syarikat Penerbangan Malaysia (MAS)...

KPDNKK Sabah Puas Hati Tahap Pematuhan Peniaga

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah berpuas hati tahap pematuhan peniaga di hari pertama pelaksanaan sifar peratus ​Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengarah KPDNKK Sabah, Yahya Sulaiman berkata pemantauan pihaknya di beberapa kawasan di seluruh Sabah pada hari ini mendapati para peniaga telah mematuhi kadar perubahan enam peratus GST kepada sifar peratus GST.

“Kita telah melaksanakan pemantauan di pasara raya di beberapa kawasan di suluruh Sabah bermula pagi tadi dan setakat ini kita mendapati harga barangan yang dikenakan GST sebelum ini telah turun, sekali gus menunjukkan tahap pematuhan para peniaga di Sabah adalah baik,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berharap para peniaga terus mematuhi pelaksanaan sifar peratus GST itu dan sekiranya didapati mana-mana peniaga yang tidak melaksanakan perubahan atau penurunan harga ke atas barangan dan perkhidmatan yang telah dikenakan GST sebelum ini boleh diambil tindakan di bawah beberapa akta seperti Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan.

“Oleh itu kita juga meminta kepada semua pembeli agar sentiasa meminta resit pembelian untuk tujuan rujukan dan memudahkan pihak kami sekiranya terdapat sebarang aduan,” katanya.

Yahya berkata bilik gerakan di KPDNKK negeri dan daerah telah dibuka serta beroperasi setiap hari dan orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan berkenaan untuk melakukan sebarang aduan.

Katanya, bilik gerakan itu boleh dihubungi di talian 088-484368 (KPDNKK Negeri/Cawangan Kota Kinabalu), 089-776690 (Cawangan Tawau), 089-668107 (Cawangan Sandakan), 088-787822 (Cawangan Tuaran), 088-615311 (Cawangan Kudat), 087-222240 (Cawangan Beaufort) , 087-338400 (Cawangan Keningau), 089-886090 (Cawangan Lahad Datu) dan 089-782866 di Cawangan Semporna.


Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa pasar raya di sekitar Kota Kinabalu menyaksikan kebanyakan premis kedai berkenaan meletakkan tanda sifar peratus GST bagi barangan yang dikenakan cukai itu sebelum ini.

Orang ramai yang ditemui juga menzahirkan perasaan gembira dan bersyukur sempena perubahan baharu itu.

“Penurunan harga sangat ketara..dua minggu lepas saya telah berkunjung ke sebuah kedai telefon bimbit dan hari ini saya datang lagi untuk membandingkan harga dan ternyata harganya telah menurun,” kata Dion Malbin.

Dion, 31, berkata sifar GST itu merupakan salah satu berita gembira khususnya golongan pembeli yang berpendapatan rendah. – BERNAMA

Kategori