Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Tidak Berkompromi Dalam...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan negara dan akan...

Reen Rahim Tak Nak...

PELAKON Reen Rahim memberitahu bahawa dia tidak akan menceritakan hal berkaitaan hubungan cintanya...

Polis Beli Tiket Balik...

BEIJING - Seorang lelaki yang terlalu miskin untuk membeli tiket kereta api sanggup...

Karikatur Hina: KDN Beri...

PUTRAJAYA  - Susulan isu karikatur 'Akta Monyet' yang dianggap biadab, Kementerian Dalam Negeri...

Calon Presiden: Ku Li Ajak Zahid, Khairy Berdebat

SEDIA… Tengku Razaleigh Hamzah mengakui sedia berdebat dengan dua lagi calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin bagi jawab segala isu berbangkit.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra disapa Ku Li berkata, beliau sebagai calon untuk menjawat jawatan tertinggi parti itu bersedia untuk menjawab segala pertanyaan daripada dua lawannya itu atau wakil mereka dalam sesi debat berkenaan.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Gua Musang itu berharap Zahid dan Khairy juga sanggup untuk berdebat dan memberi penjelasan mengenai apa sahaja persoalan yang dibangkitkan.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Jawapannya saya bersedia. Boleh jawab apa pertanyaan yang nak dikemukakan kepada saya.

“Kalau saya berani membuat penjelasan yang lain-lain pun patut ikut serta dan sanggup membuat penjelasan yang sama,” katanya dalam satu temubual bersama Astro Awani, semalam.

Beliau berkata demikian apabila mengulas mengenai desakan sebahagian ahli UMNO yang mencadang supaya calon yang menawarkan diri bertanding bagi jawatan tersebut berdebat untuk menjelaskan misi dan visi masing-masing.

Bagi pemilihan kali ini, UMNO menerima tujuh pencalonan untuk jawatan presiden yang dijangka akan berlangsung pada 30 Jun depan.

Selain Tengku Razaleigh, Zahid dan Khairy, empat lagi calon yang akan bertanding bagi jawatan berkenaan ialah penulis blog, Rahmat Azim Abdul Aziz, Rosile Saat (UMNO Bangi), Mohamed Iqbal Maricair (UMNO Bandar Tun Razak) dan Mohd Yusof Musa @ Jamaluddin (UMNO Iskandar Puteri).


Bagaimanapun, senarai akhir calon yang layak bertanding akan diumumkan pada hari ini (Rabu).

Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sejurus tewas pada pilihan raya umum yang lalu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO sebagai rasa tanggungjawabnya terhadap kekalahan pertama Barisan Nasional sejak negara merdeka.

Zahid yang memegang jawatan Naib Presiden UMNO kini menjalankan tugas-tugas Presiden selepas Najib meninggalkan jawatan tersebut.

Tengku Razaleigh menawarkan diri untuk bertanding sebagai jawatan Presiden pada 16 Jun lalu sebelum Khairy pula membuat kejutan saat akhir apabila mengumumkan pencalonannya beberapa jam sebelum pencalonan ditutup.

Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini menyatakan hanya mahu bertanding jawatan naib presiden sebelum mengubah fikiran semata-mata bagi memastikan kelangsungan dan masa depan UMNO. – MYNEWSHUB.CC

Kategori