Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Seoul Isytihar Darurat, Kebakaran...

SEOUL - Kerajaan Korea Selatan mengisytiharkan darurat bencana kebangsaan pada Jumaat selepas kebakaran...

Perak Akhiri Kemarau 18...

SHAH ALAM - Perak menamatkan penantian 18 tahun menjulang Piala Malaysia dan menambah...

Jangan Senaraikan Daren Untuk...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek menegaskan penyenaraian Liew...

Rakan Wanita Mangsa Kes...

Pangkor : Seorang remaja perempuan yang juga rakan kepada mangsa yang didakwa dirogol...

Kuih ‘Kuba Guling’ Turut Popular Di Selatan Thailand

YALA – Kuih “kuba guling” atau “kerbau guling” yang begitu popular di Rantau Panjang, Kelantan sehingga pelanggan terpaksa beratur panjang dan mendapatkan nombor giliran turut diminati ramai di wilayah selatan Thailand.

Kuih terbabit sebenarnya tidak asing dalam kalangan masyarakat Islam di selatan Thailand yang turut memanggilnya “kuba guling” atau dalam bahasa Thailand “Khanom-Piak-Poon”.

“Sambutan sememangnya amat luar biasa dengan tempahan diterima mencecah 5,000 biji sehari pada harga 20 baht (RM1.20) satu biji,” kata pemilik Kedai De Mango, Nur Aini Samopap yang turut menjual kuih itu kepada pemberita di sini.

Pelanggannya bukan sahaja dari wilayah Yala tetapi juga dari Pattani dan Narathiwat dan mereka katanya sanggup menghabiskan masa yang lama beratur untuk mendapatkan kuih itu.

Menurutnya, ramuan utama kuih yang memiliki nama yang agak pelik itu terdiri daripada tepung gandum, gula, gula melaka dan air kelapa manakala warna hitam kuih pula disebabkan oleh serbuk arang.


Seorang pelanggan kedai terbabit, Suriani Siba berkata dia sanggup beratur panjang untuk membeli kuih itu selepas terpengaruh dengan populariti kuih berkenaan dalam media sosial dan memutuskan untuk merasainya sendiri. – BERNAMA

Kategori