Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gila! Gadis Mahu Kahwini...

TERKEDU seketika kami membaca pengakuan berani seorang gadis berasal dari Great Lakes, Amerika Syarikat...

Rumah Isa Samad Di...

NILAI - Rumah bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di...

Peniaga Dodol Hadapi Tuduhan...

MELAKA - Seorang pemilik syarikat perusahaan dodol di negeri ini mengaku tidak bersalah...

Mufti Perlis Gesa Umat...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyeru umat...

Latifah Merican Cheong Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Latifah Merican Cheong meninggal dunia pada usia 67 tahun akibat kanser payu dara malam tadi.

Menurut anggota keluarganya yang enggan dikenali, Allahyarham Latifah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini kira-kira 10.15 malam di sisi anak-anak dan anggota keluarga yang lain.

“Allahyarham dimasukkan ke pusat perubatan itu pada Isnin lalu selepas mengadu keletihan dan sakit pada badan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara pada 11 pagi tadi.

Allahyarham Latifah dilantik sebagai Penolong Gabenor Bank Negara pada 1998 dan pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan jawatan terkininya ialah Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA).


Anak kelahiran Air Hitam, Pulau Pinang itu meninggalkan suami Adam Cheong dan tiga anak lelaki. – BERNAMA

Kategori