Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Operator Dipenjara 6 Bulan...

KUALA LUMPUR - Akibat menipu seorang pekerja bahagian pentadbiran sebuah syarikat swasta mengenai...

Pakatan Harapan Ambil Kesempatan...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan yang diketuai DAP serta dianggotai Parti Keadilan Rakyat...

Lelaki Bayar Wang 13...

PEGUAM kepada seorang lelaki mendakwa anak guamnya tidak berniat untuk cuba menimbulkan sebarang...

Ops Selamat: Kemalangan Maut...

KOTA KINABALU - Kadar kemalangan maut di Sabah sepanjang Op Selamat Aidilfitri tahun...

‘Lavida Raya’, Single Terbaharu Hari Raya Vida

SELEPAS sukses dengan single pertama yang berjudul ‘I Am Me’ yang mencapai jumlah tontonan 11 juta, usahawan terkenal, Datuk Seri Vida kini muncul dengan single rayanya bertajuk ‘Lavida Raya‘ menerusi YouTube malam tadi.

Berbeza dengan single pertama, Vida menukar haluan muzik dalam single kedua dengan memilih genre rancak yang lebih ‘catchy’ bagi menceriakan suasana Hari Raya semua pendengar dan peminatnya.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata kos pembikinan muzik video singlenya itu tidak terlalu mahal berbanding single pertamanya.

Istimewanya untuk single kali ini, lokasi dirakam adalah di kediamannya sendiri yang menggunakan penari dari kalangan kenalannya sendiri serta turut menampilkan dua anaknya, Cik B dan Kacak sebagai tonggak utama.

“Saya memilih genre yang lebih ‘catchy‘ supaya lagu ini akan menceriakan suasana Hari Raya semua peminat saya di seluruh negara dan semua peminat serta orang ramai boleh menari bersama selepas melihat muzik video lagu itu.

“Pembikinan muzik video itu dibuat di rumah saya sehari sebelum 1 Ramadan dan kebanyakan gaya tarian dalam muzik video itu adalah hasil idea Cik B dan saya sendiri,” katanya dipetik BH Online.

Tambah Vida, sempena pelancaran lagu itu malam tadi, beliau juga akan memberikan duit raya serta barangan peribadi miliknya kepada peminat yang berjaya memenangi Cabaran Lavida Raya sebagai hadiah.


“Saya akan memberikan hadiah RM100 serta barangan peribadi saya seperti kasut, beg tangan dan pakaian setiap hari selama seminggu kepada peminat-peminat saya.

“Pemenang yang share (kongsi) muzik video single itu dengan #lavidaraya di akaun media sosial mereka serta memberikan komen terbaik akan dipilih sebagai pemenang,” ujar usahawan itu.

Baru sahaja dimuat naik, lagu hasil ciptaan komposer dan penyanyi Cat Farish dan lirik ditulis Mohd Hilmi itu sudah menerima hampir 75,000 tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen di laman tersebut.

Rata-rata yang telah menonton video berkenaan dilihat terhibur mendengar lirik dan rentak lagu berkenaan selain mengundang rasa gembira dalam kalangan netizen.

Sehingga kini, perkongsian berkenaan dilihat terus menjadi perhatian dalam kalangan netizen. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori