Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bukan Bakar Kaabah Tapi...

MAKKAH - Pihak polis Arab Saudi mengesahkan seorang lelaki yang ditahan ketika menyalakan...

PATI Patah Kaki Semasa...

TAWAU - Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia patah kaki selepas...

Anwar Disabit Bersalah… Ini...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia mengeluarkan satu kenyataan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari...

Mahkamah Kekal Hukuman Gantung...

PUTRAJAYA - Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri, akan tetap ke...

Lebih 2,000 Lembu Baka Brahman Diimport

JOHOR BAHRU – Sebanyak 2,135 ekor lembu baka Brahman dibawa masuk dari Australia melalui pelabuhan Pasir Gudang di sini untuk menampung permintaan daging lembu segar semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Kumpulan Kamran Datuk Hatta Amirrul Amran berkata kesemua lembu berkenaan akan diagihkan kepada peruncit di seluruh negara manakala bakinya ditempatkan di ladang ternakan DK Ternak Pertanian Moden Kluang.

“Lembu-lembu ini dibawa dalam kapal laut melalui perjalanan selama tujuh hari dan tiba di pelabuhan ini petang semalam. Sejurus tiba kami terus mengagihkan lembu ini kepada peruncit untuk dihantar ke setiap negeri,” katanya kepada Bernama.

Hatta Amirrul berkata, syarikatnya yang merupakan pengimport dan pembekal lembu, kambing dan biri-biri utama dari Australia itu telah membawa masuk 4,900 ekor lembu pada Mei lepas bagi bekalan bulan Ramadan sementara satu lagi penghantaran 2,600 ekor lembu dijangka tiba selepas hari raya ini.

Hatta Amirrul berkata daging lembu sentiasa mendapat permintaan tinggi terutamanya bulan Ramadan, musim perayaan dan menjelang akhir tahun.

Beliau berkata lembu baka Brahman diimport kerana lembu jenis itu mempunyai daging berkualiti tinggi, mampu menyesuaikan dengan iklim di sini, selain daya tahan yang kuat daripada ancaman penyakit.


Dalam pada itu, beliau berkata pada tahun ini syarikat itu menyasarkan untuk mengimport 70,000 ekor lembu dari Australia dan Thailand dan sehingga kini lebih 25,000 ekor lembu telah dibawa masuk.

“Pada tahun lepas jumlahnya sekitar 40,000 ekor lembu, bagaimanapun kami optimis dapat mencapai sasaran itu kerana pasaran daging lembu tahun ini dilihat meningkat 20 peratus,” katanya.

Pada masa sama Hatta Amirrul berkata syarikatnya itu juga dalam perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi mengimport lembu dari negara lain seperti Myanmar, Afrika Selatan dan Brazil bagi menampung permintaan semasa dalam negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Lembu

Kategori