Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Harga Barang Perlu Selaras...

PUTRAJAYA - Mulai 15 November depan, semua pasar raya besar dan kedai runcit...

Kerajaan Persekutuan Lulus Peruntukan...

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan peruntukan RM2.7 juta bagi pelaksanaan 60...

Penduduk Baling Bakal Nikmati...

BALING - Penduduk Baling bakal menikmati kemudahan perkhidmatan bas henti-henti dengan tambang serendah...

Komen Pembaca Tanggungjawab Portal...

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia sedang mempertimbangkan keperluan untuk mengambil tindakan ke atas pengendali...

Lebih 500 Ditahan Bantah Dasar Imigresen Trump

WASHINGTON – Lebih 500 wanita, termasuk anggota Kongres ditahan ketika mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Capitol di sini, bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump yang menyebabkan ribuan keluarga terpisah di sempadan Amerika Syarikat-Mexico.

Antara yang ditahan, anggota Demokrat, Pramila Jayapal.

Polis Capitol berkata, 575 penunjuk perasaan yang menyertai protes duduk di kawasan laman yang menempatkan pejabat Senat itu ditahan kerana menghadiri demonstrasi tanpa kebenaran, sebelum disoal siasat dan dibebaskan.

Sebahagian besar mereka yang ditahan dilaporkan menyanyi dan melaungkan beberapa slogan, selain memakai selimut warna perak seperti yang disediakan untuk kanak-kanak yang ditahan di pusat tahanan.

Dalam pada itu, Trump dan Kongres dilaporkan sedang berusaha untuk menangani krisis itu yang mengakibatkan lebih 2,000 kanak-kanak terpisah daripada ibu bapa mereka, sejak pentadbiran Presiden Amerika Syarikat itu mengumumkan dasar ‘tiada tolak ansur’ di kawasan sempadan negara itu, awal Mei lalu. – AFP/BH ONLINE

Kategori