Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Isu Gereja: MCA Sokong...

PETALING JAYA - MCA menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad...

Malaysia Kenakan Sekatan Perjalanan...

Mulai esok (27 Nov), Malaysia akan mengenakan larangan sementara perjalanan ke Afrika Selatan,...

Denda Dipertimbangkan Jika Hilang...

PUTRAJAYA - Kerajaan bercadang mengenakan denda terhadap rakyat Malaysia yang kehilangan pasport antarabangsa...

Bahaya.. Beg Corak Gambar...

KUALA LUMPUR – Beberapa foto gambar beg sekolah yang mempunyai corak gambar lucah...

Lebih 60 Balai Bomba Di Seluruh Negara Uzur

TEMERLOH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenal pasti lebih 60 balai bomba di seluruh negara berada dalam keadaan uzur serta memerlukan penambahbaikan dan pembinaan semula di lokasi baharu.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata kebanyakan balai bomba itu telah lama dibina dan berada di lot bangunan kedai yang tidak sesuai kedudukannya berikutan pertumbuhan pesat di kawasan tersebut.

“Kebanyakannya dibina sewaktu bandar atau kawasan itu belum membangun, jadi apabila sudah membangun, penduduk pula semakin ramai. Kita kena lihat kesesuaian dan kaji semula penempatannya.

“Setakat ini kementerian telah kenal pasti lebih 60 balai bomba yang perlu dikeluarkan dari kawasan bangunan kedai untuk dibina semula di tempat baharu dalam tempoh lima tahun,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin bernilai RM14 juta yang siap pada 13 September 2013 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Mohamad Mentek; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Muhammad Hamdan Wahid; Pengarah JBPM negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin serta Anggota Parlimen Temerloh, Anuar Tahir.

Zuraida berkata ia adalah sebahagian daripada 240 balai bomba baharu yang akan dibina secara berperingkat dalam tempoh itu, bagi memperkasakan lagi JBPM yang sentiasa berhadapan pelbagai tugas yang semakin mencabar.

“Setakat ini, sebanyak 44 balai bomba baharu sedang dibina di seluruh negara dengan 27 daripadanya akan disiapkan pada tahun ini, 11 balai pada tahun depan dan enam balai lagi pada 2020. Kos anggaran pembinaan setiap balai yang terlibat sebanyak RM14 juta.


“Hingga kini, JBPM mempunyai 290 balai bomba di seluruh negara dengan kekuatan 14,000 anggota dan pegawai tetap,” katanya.

Beliau juga berkata kementerian akan memperkukuhkan keupayaan bomba sukarela di seluruh negara dalam usaha membantu kerja-kerja memadam kebakaran dan penyelamatan pada peringkat awal sebelum ketibaan pasukan JBPM di lokasi kejadian.

Katanya ia akan membantu mengelak kerugian harta benda yang lebih banyak selain kehilangan nyawa dengan langkah pencegahan lebih awal dilakukan oleh pasukan ‘first responder’ itu. – BERNAMA

Kategori