Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

70 Bendera, Poster Calon...

JELI ā€“ Seorang pesara tentera menampilkan kelainan untuk menarik perhatianmasyarakat dalam kempen Pilihan...

Tun Dr. Ismail Mahukan...

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) dengan kenyataan anak kepada...

Tribunal Aduan Medium Pesawah...

AYER HITAM - Penubuhan Tribunal Aduan Pesawah, sekiranya direalisasikan kelak, mampu menjadi medium...

Cuaca Bukan Punca Sebenar...

SIASATANƃā€šĆ‚Ā nahas helikopter di Semenyih yang mengorbankan enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin Tan...

Lebih 6,000 Asnaf Dapat Manfaat Baucar Daging Raya

KUBANG PASU – Lebih 6,000 asnaf di seluruh negeri ini akan menerima manfaat daripada program baucar daging iaitu pemberian sekilogram daging secara percuma sempena Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata program yang mula diperkenalkan pada 2015 dengan kaedah berbeza sewaktu beliau menjadi menteri besar ketika itu merupakan sebahagian inisiatif kerajaan negeri membantu meringankan beban perbelanjaan golongan yang memerlukan.

ā€œ…ada kelemahan dari segi kaedah digunakan (pada 2015) iaitu jual pada kadar harga murah berbanding pasaran. Kali ini ambil kira respons orang ramai dengan ditukar kepada pengagihan baucar. Baucar ini ditukarkan dengan daging sekilo secara percuma.

ā€œGolongan asnaf ini dari semua (36) Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah tidak kiralah DUN daripada Pakatan Harapan mahupun pihak pembangkang,ā€ katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Baucar Daging Raya 2018 di Taman Arowana di Ayer Hitam, Jerlun dekat sini hari ini.

Mukhriz berkata penjual daging terlibat kemudiannya boleh menukar baucar berkenaan kepada wang tunai di pejabat daerah masing-masing.


Beliau berkata program Baucar Daging Raya 2018 akan dilancarkan secara serentak di seluruh Kedah esok dengan senarai nama asnaf terpilih mendapat baucar itu diperoleh daripada pihak pejabat daerah masing-masing. – BERNAMA

Kategori