Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

IM4U Sentral Bakal Jadi...

KUALA LUMPUR - Program 1Malaysia For Youth (iM4U) yang dilancarkan sejak lebih tiga...

Lagi Pakej Kapsul Iklan...

HANYA dengan RM50 ribu, iklan jenama anda akan bersiaran sebanyak 250 putaran. Semuanya...

Pengurangan Belanja Pembangunan Jejas...

KUALA LUMPUR - Pengurangan perbelanjaan pembangunan 2021 akan memberi implikasi terhadap projek sedia...

Ahli Lapor SPRM Calon...

IPOH : Seorang ahli PKR Tambun membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Lebih 80% Ruang Pejabat Di Medini 9 Telah Disewa

ISKANDAR PUTERI – Lebih 80 peratus daripada ruang pejabat di bangunan pejabat premium Medini Iskandar Malaysia, Medini 9, telah disewa oleh syarikat tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Medini Iskandar Malaysia Sdn. Bhd. (MIMSB), Dr. James Tee berkata kadar penghunian adalah menggalakkan dan ini akan membawa kepada peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Kebanyakan mereka adalah syarikat antarabangsa yang membawa bersama teknologi mereka, dan pada masa sama mereka turut menggaji penduduk tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Medini 9 oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian di sini hari ini.

Penyewa bagi bangunan pejabat 21 tingkat itu termasuklah Ernst and Young, Iskandar Investment Bhd., OK Blockchain Centre, Deluxe Game, edotco dan CO3 Social Office Sdn. Bhd.


MIMSB merupakan pemaju utama Medini Iskandar Malaysia (Medini), perbandaran seluas 902.4 hektar yang juga adalah pusat perniagaan utama di Iskandar Puteri.

Medini 9 adalah bangunan pejabat yang ketiga dibangunkan oleh MIMSB selepas Medini 6 dan Medini 7. – BERNAMA

Kategori