Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penceramah Bebas Maut Kereta...

DUNGUN - Seorang penceramah bebas maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas...

Kuih Akok Popular, Tetapi...

BESUT – Akok merupakan kuih tradisional yang popular dalam kalangan penduduk Pantai Timur...

Bekalan Air Sungai Muda...

GEORGE TOWN - Kemampuan sumber utama bekalan air ke Pulau Pinang, Sungai Muda,...

Mario Balotelli Ganti Suarez...

LIVERPOOL bercadang membawa masuk Mario Balotelli sebagai penyerangnya menerusi pinjaman walaupun pernah menolak...

Lebihan 20,000 Undi Disyaki Kes ‘Hantu’ Di Kubang Kerian

KUALA LUMPUR – Kewujudan lebihan 20,000 undi dalam Parlimen Kubang Kerian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menimbulkan persoalan kemungkinan wujud kehadiran pengundi hantu.

Kewujudan 20,000 undi berkenaan disahkan menerusi warta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 28 Mei lalu yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi kerusi Parlimen Kubang Kerian dengan 35,620 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani yang memperoleh 16,251 undi dan Datuk Dr. Abdul Halim Yusof daripada PKR (11,557 undi).

Menerusi warta PRU14, Parlimen Kubang Kerian yang terdiri daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu N17 Salor (27,164 pengundi), N18 Pasir Tumboh (26,257) dan N19 Demit (28,597) memiliki keseluruhan 82,018 pengundi.

JUMLAH PENGUNDI SAMA

Jumlah pengundi di ketiga-tiga DUN adalah sama dengan bilangan pengundi P024 Kubang Kerian, sekali gus menunjukkan bilangan pengundi 82,018 itu adalah benar dan tidak berlaku kesilapan.

Bagaimanapun, jumlah kertas undi yang dikeluarkan untuk Parlimen Kubang Kerian pada hari pengundian adalah 84,867, berbeza dengan tiga DUN iaitu 64,861.

Pecahan jumlah kertas undi yang dikeluarkan di tiga DUN berkenaan adalah 21,836 bagi DUN Salor, 20,709 bagi DUN Pasir Tumboh dan 22,316 lagi bagi DUN Demit.

Ini mencetuskan keraguan apabila keputusan diwartakan menunjukkan bilangan kertas undi yang dikeluarkan pada peringkat DUN berbeza dengan bilangan kertas undi di peringkat Parlimen.

Setiap pengundi adalah orang sama yang mengundi bagi kawasan DUN dan Parlimen dengan masing-masing menerima satu kertas undi DUN dan satu lagi kertas undi untuk Parlimen.


Satu laporan polis dibuat berhubung penemuan fakta berkenaan selepas keputusan PRU14 diwartakan.

Laporan itu juga berikutan kebimbangan buku warta kerajaan mengenai keputusan PRU14 masih tidak dicetak oleh Percetakan Nasional Berhad sedangkan tempoh 21 hari untuk petisyen akan berakhir pada 18 Jun ini.

PENGERUSI SPR ENGGAN ULAS

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah ketika dihubungi BH, enggan mengulas dakwaan berkenaan dengan alasan ia sedang dalam siasatan.

Tuan Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai perkara sama, menolak dakwaan terbabit dan menjawab sinis bahawa ‘hantu tak undi PAS’.

Dalam kes kemenangan Tuan Ibrahim, jelas terbukti terdapat pertambahan kertas daripada undi yang dikeluarkan iaitu 64,861 undi kepada 84,867 undi, pertambahan sebanyak 20,006 undi.

Difahamkan, ini adalah kes pertama dilaporkan sejak negara merdeka dan melalui 14 kali pilihan raya umum. Sebelum ini dakwaan mengenai undi hantu dituduh sebagai fitnah serta mustahil boleh berlaku dalam pilihan raya di Malaysia. – BH Online

Kategori