Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Di India...

NEW DELHI - Hujan lebat melanda New Delhi pada lewat petang tidak mematahkan...

Warga Emas Ramas Punggung...

SINGAPURA - Seorang penganggur warga emas berusia 53 tahun mengaku bersalah pada Khamis...

‘Sepatutnya Saya, Bukan Kamu’...

SINGAPURA - Bakal presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku ada timbul perasaan...

Pelantikan MB Pahang Ditangguh...

PEKAN - Istiadat mengangkat sumpah menteri besar Pahang yang dijadualkan berlangsung hari ini...

Lelaki Gantung Diri Tepi Air Terjun Sungai Kedondong

LELAKI ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada dahan pokok di tepi air terjun Sungai Kedondong, Batang Kali, di Kuala Kubu Bharu, semalam.

Mangsa yang berusia 30 tahun ditemui orang awam yang berada di kawasan perkelahan itu jam 2.20 petang sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian mangsa yang bertindak menggantung diri kira-kira jam 2 petang.

“Siasatan di lokasi mendapati mangsa yang berasal dari Marang, Terengganu menggantung diri dengan tali di atas dahan pokok di tepi air terjun.

“Hasil siasatan pasukan forensik mendapati tiada unsur jenayah dan dompet mangsa dalam keadaan baik.


“Laporan bedah siasat di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) mendapati tiada kesan kecederaan dalaman pada mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, berdasarkan rekod mangsa pernah ditahan di pusat pemulihan berkaitan kes dadah. – myMetro Online

Kategori