Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tukang Jahit Temui Bom...

PASIR MAS - Seorang tukang jahit menemukan sebutir bom lama dipercayai jenis Mortar...

Jenazah Tunku Abdul Jalil...

JOHOR BAHRU - Jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, selamat...

3 Penjelajah Misi Kutub...

PUTRAJAYA - Tiga penjelajah negara misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017 akan...

Beri Bantuan Kepada Mangsa...

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah akan memberikan bantuan bersesuaian kepada mangsa yang cedera...

Lelaki Maut Dipijak Lima Ekor Gajah Liar Di Yala

BANGKOK – Seorang lelaki maut dipijak lima ekor gajah liar yang naik minyak berhampiran sebuah estet, dalam kejadian terbaru membabitkan haiwan jenis itu.

Masaree Samae, 40, terbunuh awal pagi tadi di selatan wilayah Yala yang turut menempatkan ratusan ladang getah.

Kapten Polis, Sathit Woonchoom ketika dihubungi melalui telefon berkata, mangsa sedang dalam perjalanan untuk menoreh getah dengan menaiki motosikal sebelum dikelilingi lima ekor gajah liar.

“Bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian belakang badan dan kepala,” katanya.

Beliau memberitahu turut terdengar bunyi gajah dari dalam semak berhampiran apabila di lokasi untuk melakukan siasatan,

Menurut Pusat Pemuliharaan Gajah Thailand, jumlah gajah liar Thailand menurun kepada 2,700 daripada 100,000 pada tahun 1850.


Penebangan hutan dan kehilangan habitat secara tidak terkawal telah membawa haiwan itu semakin dekat dengan manusia, menyebabkan berlakunya kejadian tidak diingini, termasuk menyebabkan kematian.

November tahun lalu, seekor gajah seberat lima tan yang sering muncul dalam filem dan iklan, memijak pemiliknya sehingga mati di Chiang Mai selepas berada dalam keadaan agresif untuk mengawan. – AFP/BH ONLINE

Kategori