Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Insaf Selepas Parasit Hampir...

SELEPAS dapat penyakit, barulah nak insaf. Itu yang berlaku kepada Rodrigo Alves yang...

LKIM Lancar Aplikasi Harga...

SERDANG - Orang ramai boleh mendapatkan maklumat harga ikan terkini secara dalam talian...

Aktivis Gusar Keupayaan Fadhlina...

PETALING JAYA : Aktivis pendidikan meragui kemampuan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, untuk...

Syarikat China Labur Dalam...

PETALING JAYA - Syarikat-syarikat China melabur dalam 422 projek dalam sektor pengilangan di...

Lelaki Warga Asing Disyaki Maut Terkena Kipas Kapal

KUCHING – Seorang lelaki warga Indonesia disyaki maut terkena kipas sebuah kapal di jeti sungai Muara Tebas dekat sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi apabila mangsa, Herianto Ramli yang berasal dari Singkawang, Indonesia disedari hilang oleh kru kapal.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sebuah bot telah mengalami kerosakan sebelum kaptennya menyuruh seorang kru kapal melakukan pemeriksaan.

“Salah seorang kru telah diarahkan turun ke sungai untuk memeriksa kipas bot tersebut dan berjaya naik semula.

“Apabila enjin kapal sedang dihidupkan, seorang kru kapal ternampak kesan darah di atas permukaan air dan memaklumkan perkara tersebut kepada kapten kapal. Setelah dibuat pemeriksaan terhadap kesemua kru kapal, kapten kapal mendapati mangsa tiada di atas kapal serta mengesyaki mangsa telah turun ke dalam sungai tanpa memaklumkan kepada kru yang lain,” katanya.


Pencarian mangsa dilakukan di sekitar lokasi kejadian dan sehingga kini masih belum ditemui. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

Kategori