Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Zoo Latih Seekor Kambing...

ALBUQUERQUE l(Amerika Syarikat) - Sebuah zoo di sini, menjual beberapa lukisan yang dilukis...

UNIC Kongsi Pengalaman Ditahan...

SEMAKIN ramai artis yang peka dengan misi kemanusiaan dan turut melibatkan diri dengan...

2 Premis Perniagaan Musnah...

KUALA TERENGGANU - Dua premis perniagaan membabitkan sebuah kedai makan dan kedai membaiki...

Iskandar Antara Pesuruhjaya PAS...

PAS mengumumkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat baharu yang menyaksikan Datuk Iskandar Samad meskipun...

Lepasan Sekolah Harus Digalakkan Sertai ILP

IPOH – Kementerian Sumber Manusia akan membincangkan dengan Kementerian Pendidikan bagi menggalakkan lebih ramai lepasan sekolah memasuki Institut Latihan Perindustrian (ILP), kata menterinya M. Kulasegaran.

Beliau berkata masyarakat terutama lepasan sekolah perlu mengubah persepsi mereka mengenai program ILP yang dilabelkan sebagai “tidak memenuhi tanda aras” memandangkan kebanyakan pelajar berjaya mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

“Tanggapan bahawa menyertai institusi tersebut menyebabkan pelatih terpaksa melakukan kerja-kerja yang mengotorkan tangan harus diubah.

“Mereka tidak menyedari bahawa hampir semua pelajar ILP berjaya mendapat pekerjaan, bahkan pelajar jurusan undang-undang pun tidak selalu mendapat pekerjaan apabila menamatkant pengajian,” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog dengan pemain industri mengenai latihan kemahiran di Institut Latihan Perindustrian Ipoh di sini hari ini.

Kulasegaran berkata pelajar yang tidak mencapai prestasi yang baik dalam pengajian selepas Tingkatan Tiga harus dirujuk untuk mendaftar masuk ke institusi tersebut.

“Tidak ada gunanya meminta mereka meneruskan pengajian sehingga peperiksaan Tingkatan Lima sedangkan mereka tidak menunjukkan minat dalam akademik.


“Oleh itu, membenarkan mereka mengikuti kursus berasaskan kemahiran akan memberi lebih banyak manfaat kepada pelajar dalam masa terdekat,”kata beliau.

Menurut Kulasegaran, terdapat 32 ILP di seluruh negara dan sesetengah ILP kurang digunakan sambil menarik perhatian ILP Ipoh hanya mempunyai 491 pelajar walaupun mempunyai kapasiti bagi 900 pelajar

Kulasegaran berkata beliau mahu menjadikan ILP lebih mudah diakses dan dibuka kepada orang ramai bagi menarik lebih ramai pelajar memasuki institut tersebut. – BERNAMA

Kategori