Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kes Positif Covid-19 Hampir...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 6,988 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam negara pada...

Didakwa Lakukan Perbuatan Seksual...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Iran didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di...

Lori Terbalik, Pemandu Maut,...

Gombak : Pemandu lori maut manakala penumpang parah dalam kejadian kemalangan di Kilometer...

Pelakon Watak ‘Mini Me’...

LOS ANGELES - Verne Troyer yang terkenal dengan peranan sebagai 'Mini Me' dalam...

Lirik Ada Maksud, Amylea Gembira Lagu Diterima Baik

DRAMA bersiri Nur sememangnya telah mengangkat lagu temanya yang berjudul Tak Pernah Hilang nyanyian Amylea Azizan dan Kaer Azami.

Tetapi masih ada lagi peminat yang tidak mengetahui siapakah gerangan penyanyi lagu hit tersebut.

Bagaimanapun, selaku penyanyi asal, Amylea tidak berasa ralat kerana lagu ciptaan Farouk Abd Razak dan lirik tulisannya itu telah berjaya diterima baik oleh penggemar muzik.

“Sebenarnya, lagu berkenaan sudah mula dilancarkan kira-kira sebulan sebelum drama Nur menemui penonton dan sambutan yang diberikan sangat menggalakkan. Namun, popularitinya semakin meningkat selepas dua minggu drama penuh pengajaran itu ditayangkan.

“Saya dan Kaer tidak kisah walaupun ramai yang tak tahu, kamilah penyanyi lagu Tak Pernah Hilang. Saya percaya, lambat laun pasti mereka maklum juga. Apa yang penting, lagu itu diterima baik oleh penggemar muzik tempatan.

“Kami sendiri ingin memberikan pendedahan dan mendidik orang ramai terhadap lagu tema, seperti Tak Pernah Hilang dan Ganti Diriku yang dicipta khas buat drama Nur. Mungkin ia antara kekuatan yang membuatkan penonton lebih dekat dengan drama itu,” katanya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

https://www.instagram.com/p/BjJbXmLFrMK/?taken-by=amyleaazizan

Malah, setiap adegan yang dipaparkan dalam drama berkenaan mempunyai kaitan rapat dengan lagu yang ditulisnya itu.


Dalam masa yang sama, karya berharga berkenaan telah dihasilkan berdasarkan skrip yang telah diberikan kepada mereka sebelum pembikinan dijalankan.

Sehingga kini, hampir 1.8 juta tontonan telah bejaya diraih lagu yang dikongsikan oleh Seventeen Eleven Music itu sejak ia dimuatnaik dekat laman YouTube pada 17 April lalu.

Nur mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita lorong yang jatuh cinta dengan seorang ustaz selebriti yang dikenali ramai.

Pelakon hebat yang menjayakan drama di bawah arahan Shahrulezad Mohameddin itu antaranya ialah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah, Azhan Rani, Riena Diana, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Laila Nasir dan Datuk Jalaluddin Hassan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori