Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Maut Selepas Pembedahan Plastik...

SEORANG pesakit yang menjalani pembedahan plastik di Moscow, Rusia maut selepas melakukan pembedahan...

Jamal Sah Letak Jawatan...

SHAH ALAM - Datuk Seri Jamal Md. Yunos secara rasmi hari ini menghantar...

Video: “Pelacur Kau, Ambil...

TULAR menerusi media sosial memaparkan rakaman dua wanita bergaduh di sebuah restoran sambil...

Noordin Yaani Meninggal Dunia

Melaka : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Noordin Yaani...

Lupakan Kisah Cinta, Nadia Gentar Lakon Filem Blok 404

SELEPAS berpisah dengan bekas kekasih hati, kini pelakon Nadia Brian dikatakan masih solo tetapi buat masa kini, dia hanya mahu berkawan sahaja dengan semua orang.

Hal ini disebabkan kerana Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi mahu memberi lebih tumpuan kepada bidang lakonan yang diceburuinya ini.

“Ya, memang betul sekarang saya sudah kembali solo. Hubungan saya dan kekasih sudah berakhir beberapa bulan yang lalu.

“Buat masa sekarang ini, saya nak fokus pada kerjaya lakonan dahulu. Tak nak fikir lagi soal cinta.

“Tapi sejujurnya saya hanya berkawan sahaja dengan semua orang. Tak ada hubungan istimewa dengan sesiapa pun,” katanya ketika ditemui oleh pihak mStar Online.

Beberapa ketika lalu, pelakon filem Teratai Kemboja itu dikaitkan sedang menjalani hubungan mesra bersama seorang jejaka yang bekerja sebagai pegawai peribadi.

Dalam masa yang sama, Nadia turut berkongsi pengalamn menariknya selama menjalani penggambaran filem Blok 404: Hidup Sampai Mati.

Antara babak paling menakutkan pelakon berusia 27 tahun itu ialah dia berasa sangat panik ketika melakonkan bab berada dalam tab mandi sambil melihat pisau yang digantung di atasnya.


“Dalam filem ini saya memegang watak sebagai Intan. Seorang gadis yang mempunyai kehidupan sosial bersama kekasihnya.

“Alhamdulillah sepanjang menjalani penggambaran filem Blok 404 pada tahun lalu, kami tidak ada melalui perkara-perkara pelik.

“Tapi ada satu babak saya rasa panik apabila saya perlu berada di dalam tab mandi dan dikeliling pisau yang digantung. Rasa takut kalau pisau itu jatuh atas saya,” tambahnya lagi.

Blok 404 merupakan filem dibawah atahan Isma Aizal Yusoff dan telah mula ditayangkan pada hari ini.

Antara bintang lain yang turut membintangi filem berkena ialah Nur Risteena, Datuk Boy Iman, Raja Azrey, Zamarul Hisham, Amar Asyraf, Aedy Ashraf dan Fasha Sandha. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori