Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Suruh Pelancong China Jangan...

BUKAN sekali dua kita mendengar cerita kurang enak mengenai pelancong dari tanah besar...

KPM Lanjut Khidmat 2,683...

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan kontrak 2,683 guru kontrak perkhidmatan (COS) pengambilan 2020...

Kadar Pemberian Vaksin COVID-19...

KUALA LUMPUR - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai kemajuan memberangsangkan apabila mencatat...

Pergaduhan Kaum Di Gurun...

ALOR SETAR - Polis hari ini menafikan berlakunya pergaduhan kaum antara Melayu dengan...

Makan Pisang Boleh Bantu Turun Berat Badan?

PISANG merupakan sumber yang baik bagi vitamin B6 yakni sejenis vitamin yang penting bagi sistem saraf dan kulit untuk menjadi lebih sihat.

Buah ini juga mengandungi banyak vitamin penting dan mineral yang dapat membantu untuk menurunkan kadar indeks gula, memperbaiki sistem penghadaman dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.

Namun benarkah makan pisang pada waktu tertentu boleh bantu melangsingkan tubuh badan?

Ya, benar. Memakan pisang memang baik untuk menurunkan berat badan jika anda memakannya pada waktu yang tepat.

Memetik laman boldsky.com, pisang merupakan buah yang kaya dengan potasium, karbohidrat, serat, vitamin, mineral, dan tenaga.

Kandungan karbohidrat yang baik akan membuat badan anda lebih bertenaga malah kandungan potasium yang tinggi pula membantu untuk menurunkan berat badan.


Bukan itu sahaja, kandungan serat dalam pisang akan mengawal nafsu makan serta berat badan manakala vitamin B6 dan zat besi pula bagus untuk menghuraikan masalah sembelit.

Sumber juga berkata, pisang adalah buah yang mengandung gula semula jadi yang mana amatlah baik untuk dimakan oleh mereka yang mengalami kencing manis.

Tambah sumber tersebut, dengan memakan pisang di waktu pagi khususnya dengan oat meal atau buah-buahan yang lain akan dapat menurunkan berat badan dengan banyaknya.

Ekoran itu, anda akan selalu berasa kenyang dan kandungan serat yang tinggi dalam pisang boleh berubah menjadi tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk kegiatan sepanjang hari. –Ā MYNEWSHUB.CC

Kategori