Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PAN Tak ‘Backup’ Mat...

KUALA LUMPUR - "Dalam AMANAH (Parti Amanah Negara), kami tidak punyai masa untuk...

Jangan Guna Bahan Kualiti...

LIPIS – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Ahmad Shah mengingatkan semua pihak yang...

12 Individu Dipanggil Bantu...

SETIU - Seramai 12 individu berusia antara 23 hingga 55 tahun telah dipanggil...

Guan Eng Saman Fitnah...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap blogger...

Malang Ditimpa Hujan Najis Dari Jamban Pesawat

SEORANG wanita di Kelowna, Kanada mengalami radang mata selepas kereta yang dipandunya terkena najis manusia yang jatuh dari sebuah pesawat.

Susan Allen dan anak lelakinya, Travis sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat pada 9 Mei dan membiarkan tingkap pada bahagian bumbung terbuka.

Tiba-tiba cecair kumbahan mula menghujani keretanya dan kereta di sebelahnya, membuatkan Allen dan anaknya bermandi najis manusia.

“Najis itu terkena pada bahagian bumbung, tempat duduk, muka dan baju saya.

“Ia sangat jijik,” kata Allen kepada Vice.

Tambahnya, bau najis itu sangat busuk dan Travis, 21, muntah serta-merta.


Ketika dia melihat ke arah bumbung keretanya, Allen ternampak sebuah pesawat terbang di atasnya.

Mata Allen bengkak sebesar bola golf dan disahkan mengalami conjunctivitis.

Transport Kanada sedang menyiasat mengenai insiden itu dan mememandangkan lapangan terbang Kelowna berada berhampiran, cecair kumbahan itu dipercayai jatuh dari sebuah pesawat yang melalui kawasan itu. – mStar Online

Kategori