Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

BN Jaga Kebajikan Masyarakat...

JEMPOL - Kebajikan masyarakat luar bandar dijaga dengan lebih baik di bawah pentadbiran...

Video Kontroversi: Polis Akan...

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri,...

Memperkenalkan Tablet Ternipis Di...

Dell nampaknya telah mengorak langkah dengan pengenalan peranti terbaru mereka dalam arena tablet.Dinamakan...

Semua Bentuk Bazar Ramadan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini memutuskan tiada sebarang bentuk bazar Ramadan dibenar...

Malaysia Mahu Kurangkan Pinjaman Dari China

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Malaysia tetap menjalinkan hubungan baik dengan China, namun enggan berhutang dengan negara itu.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan sebelumnya telah meminjam sejumlah wang untuk projek-projek besar, dan satu-satunya negara yang sanggup meminjamkan wang yang banyak ialah China.

Beliau berkata tiada siapa yang peduli sama ada Malaysia mampu membayar pinjaman itu atau tidak.

“Oleh itu, kita perlu mencari jalan dan cara untuk mengurangkan pinjaman itu serta menjalinkan hubungan sedia ada dengan China sebagai rakan perdagangan yang baik,” kata Dr. Mahathir pada sesi dialog anjuran Japan National Press Club di sini, Isnin.

Terdahulu, Dr. Mahathir, yang dalam lawatan kerja ke Jepun, menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-24 Mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei di sebuah hotel terkemuka di ibu negara Jepun ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata secara umumnya, kerajaan tidak percaya bahawa pelaburan asing langsung untuk pembangunan negara perlu melibatkan warga asing yang dibawa masuk dan menetap di Malaysia.


“Mereka (pemaju) boleh melaksanakan pembangunan tetapi kita tidak akan membenarkan warga asing menetap di negara kita,” katanya kepada majlis yang dihadiri ramai itu.

Beliau berkata banyak negara mengamalkan langkah yang sama.

“Malah, Amerika Syarikat sedang membina dinding di sempadan Mexico, mereka mahu memelihara negara itu hanya untuk rakyatnya sendiri, dan begitu juga dengan negara-negara lain,” kata perdana menteri yang menjelaskan pendirian Malaysia berhubung perkara itu. – BERNAMA

Kategori