Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Raja Muda Kedah Tunku...

ALOR SETAR - Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86,...

Op Noda: 39 Termasuk...

MELAKA - Seramai 39 individu ditahan termasuk 31 wanita warga asing yang dipercayai...

Gambar: Majlis Bridal Shower...

TINGGAL beberapa hari sahaja lagi sebelum pasangan pelakon popular, Shaheizy Sam dan Syatilla...

Kontraktor Maut Dilenyek Lori...

Kota Kinabalu - Seorang kontraktor maut selepas dilenyek lori pasir yang tiba-tiba bergerak...

Malaysia Minta Kredit Yen Daripada Jepun

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Selasa berkata beliau meminta Jepun memberi kredit yen kepada Malaysia, dengan rakan sejawatannya itu Shinzo Abe berkata beliau akan menimbang permohonan itu.

Dr. Mahathir dalam taklimat kepada wartawan Malaysia mengenai hasil lawatan kerja tiga harinya ke Jepun, berkata beliau menyebut perkara itu kepada Abe pada pertemuan sebelum itu mengenai pinjaman mudah yang diberikan oleh Jepun kepadanya ketika beliau (Dr. Mahathir) menjadi perdana menteri sebelum ini, dengan kadar faedah hanya 0.7 peratus yang dibayar balik lebih 40 tahun.

“Masa itu keadaan kewangan Jepun amat baik, tapi kali ini kita juga minta supaya dia timbang untuk memberi kredit yen (pinjaman) kepada Malaysia, dan dia mengaku bahawa dia akan timbang,” katanya.

“Kredit yang dia (Jepun) bagi itu untuk kita buat apa yang kita janji dengan dia, mungkin juga kita akan selesaikan pinjaman berkos tinggi yang kita ada dan menggantiannya dengan kredit yen.

“Oleh itu, kadar faedah akan lebih murah dan kita tidak perlu menanggung faedah yang besar, untuk tempoh yang lama,” kata Dr. Mahathir.

Kerajaan baharu di bawah kepimpinan Dr. Mahathir, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ketujuh bulan lepas, mendapati hutang kerajaan persekutuan mencecah RM1 trilion, dan berusaha menurunkan paras berkenaan.

“Kredit yen ini kalau diberi sebagai soft loan (pinjaman mudah) akan menolong membantu kita untuk tangani masalah hutang kita yang besar. Kita tak semestinya menyelesaikan pinjaman lama, tetapi yang murah ini (kadar faedah) ini boleh menyumbang kepada pemulihan situasi hutang kita,” kata perdana menteri.

Beliau menarik perhatian bahawa Malaysia mengambil pinjaman sebelum ini dengan kadar faedah yang amat tinggi sehingga mencecah enam peratus, dan ada juga orang yang menguruskan kredit ini mendapat komisyen sehingga 10 peratus.

Jelasnya: “Bila kita bagi 10 peratus komisyen, bermakna kalau kita ambil (pinjaman) 100 juta, bermakna kita dapat hanya 90 juta, tapi kita masih kena bayar dengan kadar faedah yang sama seperti 100 juta.


“Jadi kalau kita ambil 90 juta, tetapi kita bayar untuk 100 juta bermakna faedah itu meningkat dari enam peratus kepada tujuh atau 7.5 peratus. Ini menyebabkan kos meminjam terlalu tinggi.”

“Kalau kita boleh kurangkan kos itu dengan kita mungkin pinjam dari punca yang lain, yang mana kadar faedahnya rendah, kita akan dapat menyelesaikan pinjaman lama,” kata Dr. Mahathir

Beliau berkata jumlah kredit yen yang dipohon tidak dibincangkan bersama Abe.

Dr. Mahathir turut ditanya mengenai laporan bahawa projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura tidak dibatalkan tetapi sebaliknya ditangguhkan.

“Ia ditangguhkan, namun pada masa ini kami perlu kaji semula, dan jika kekurangan dana. kami akan tangguhkan pelaksanaannya atau mengurangkan skop projek itu,” katanya. – BERNAMA

Kategori