Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

LHDN Beri Kelonggaran Kepada...

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi kelonggaran kepada pembayar cukai...

Lelaki ‘Berlakon’ Sebagai Doktor...

"SUDAHLAH menyamar, kemudian halau orang pula." Itu reaksi seorang wanita yang berpuas hati setelah polis...

BN Perlu Kekalkan Pendekatan...

KUCHING - Pendekatan sederhana serta persefahaman antara semua parti komponen Barisan Nasional (BN)...

Polis Rekod Keterangan LGE...

GEORGE TOWN - Polis hari ini mengambil keterangan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang,...

Malaysia Tidak Hadapi Masalah Bekalan Beras

PUTRAJAYA – Malaysia tidak mempunyai masalah bekalan beras negara buat masa ini, kata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini.

Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras kementerian itu Shamsuddin Ismail berkata negara mengeluarkan 73 peratus beras tempatan dan selebihnya ditampung dengan import yang dilaksanakan melalui kontrak jangka panjang.

“Bagaimanapun, bagi memastikan sekuriti makanan terjamin, kerajaan sedang meneliti secara holistik berkaitan dengan pengurusan industri padi dan beras negara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini merujuk kepada laporan media ‘Pernahkah beras tak cukup’ semalam.

Shamsuddin berkata dalam menyediakan hala tuju yang terbaik, kerajaan akan mendapatkan pandangan daripada Majlis Penasihat Pertanian Negara selain pandangan pihak luar yang terlibat dalam industri juga akan diambil kira.

“Penelitian mendalam perlu dilaksanakan kerana urusan pengimportan beras perlu diuruskan dengan baik bagi memastikan bekalan beras negara tidak terjejas,” katanya.


Shamsuddin berkata hala tuju baharu pengurusan industri padi beras negara juga akan memberi tumpuan khusus terhadap perkara berkaitan pengurusan stok penimbal, pengurusan subsidi dan insentif, urusan pengimportan beras yang sering dibangkitkan, pemutuan dan isu melibatkan kebajikan pesawah. – BERNAMA

Kategori