Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Adam Adli Sedia Berdebat...

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia...

Tun M Tidak Setuju...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak bersetuju...

Zidane Mahu 5 Pemain...

MADRID - Meskipun baru sehari menyertai Real Madrid buat kali kedua, Zinedine Zidane...

5 Smartphone Terbaik Di...

MUNGKIN ramai yang ingin memiliki telefon pintar kedua untuk mengasingkan kegunaan dengan telefon...

“Masanya Sudah Tiba Untuk Brazil” – Ronaldo

BEKAS penyerang Brazil, Ronaldo percaya sudah tiba masanya buat pasukan itu memenuhi impian negaranya menamatkan penantian selama 16 tahun bagi menjulang Piala Dunia di Rusia tahun ini.

Skuad Brazil dikendalikan Tite, hadir ke Moscow sebagai pasukan pilihan akan bertemu Switzerland, Costa Rica dan Serbia dalam aksi Kumpulan E.

“Bagi saya pasukan pilihan sudah tentulah Brazil. Bukan sebab saya berasal dari Brazil tapi kerana Brazil bermain dengan baik,” kata Ronaldo yang menjadi penjaring terbanyak ketika Brazil menjulang Piala Dunia pada 2002.

“Sepanyol juga bermain dengan baik dan Jerman sentiasa satu pasukan yang kuat.

“Tapi Piala Dunia adalah kejohanan yang sukar dan kerana ia juga membabitkan cabaran dari Argentina yang mempunyai barisan handalan. Perancis pula membariskan barisan pemain muda.


“Saya harap Brazil akan menang. Sudah lama kami menantinya sejak dari 2002 dan saya rasa inilah masanya.”

Juara dunia lima kali itu akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Switzerland Ahad ini. – REUTERS

Kategori