Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Permaisuri Johor Lawat Mangsa...

JOHOR BAHRU - Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah mencemar duli...

Tiada Sekolah Pondok Didaftar...

KUALA LUMPUR - Sehingga kini, tiada sekolah pondok layak didaftarkan sebagai Sekolah Agama...

Mahkamah Thailand Penjarakan Polis...

BANGKOK: Mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang anggota polis yang melanggar...

Dua Penduduk Pulau Tioman...

KUANTAN - Dua penduduk Pulau Tioman dilaporkan hilang sejak petang semalam, selepas menaiki...

Masjid China Kibar Bendera Negara Semai Patriotik

BEIJING – Kesemua lebih 36,000 buah masjid di seluruh China perlu mengibarkan bendera negara dalam usaha pemerintah untuk ‘semai semangat patriotik’ kalangan masyarakat Muslim tempatan.

Demikian diisytiharkan oleh badan utama kawal selia hal ehwal Islam di negara tersebut yang dipetik agensi berita antarabangsa AFP di sini, ketika Parti Komunis China berusaha perketat kawalan ke atas semua ajaran agama.

Menurut makluman Persatuan Islam China dalam satu surat yang dimuat naik menerusi laman sesawang rasminya baru-baru ini, bendera kebangsaan tersebut perlu diletakkan di tempat yang jelas dilihat di semua halaman masjid.

Bagaimanapun tindakan itu bukan sesuatu aneh di negara-negara Islam lain yang turut mewajibkan pihak masjid untuk mengibarkan bendera rasmi negara demi pupuk perasaan patriotisme dan kekang fahaman ekstremisme.

Persatuan Islam China yang ditubuhkan pemerintah pada 1953 itu merupakan badan persekutuan dan memiliki kuasa untuk tauliah lebih 45,000 imam selain urusan pendidikan agama melibatkan murid Muslim di negara itu.

Menurut surat persatuan tersebut: “Ini memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap matlamat sivik dan aspirasi kebangsaan serta menggalakkan semangat patriotik dalam kalangan Muslim daripada semua kumpulan etnik.”

Masjid juga perlu memaparkan maklumat tentang “nilai-nilai teras sosialis” parti secara umum dan menjelaskannya kepada para penganut menerusi kitab Islam supaya ia “tersemat di dalam hati masyarakat Muslim”, tambahnya.

Surat itu dikeluarkan ekoran Peraturan Hal Ehwal Agama yang baru disemak semula berkuat kuasa pada Februari lalu dan menyebabkan kumpulan hak asasi manusia menyuarakan kebimbangan tentang isu kebebasan beragama.

Peraturan baharu itu perketat hukuman ke atas kegiatan keagamaan tanpa izin dan pertingkat penyeliaan ke atas agama sebagai usaha untuk sekat fahaman pelampau dan menangani potensi ancaman pelampau kepada negara.


Kakitangan masjid juga perlu mengadakan pembelajaran tentang perlembagaan China dan undang-undang lain relevan – khususnya mengenai peraturan kawal selia urusan agama yang baru itu, menurut surat tersebut lagi.

Mereka juga perlu kaji karya klasik China dan mengadakan kursus perihal tradisi budaya China selain memastikan masjid hanya memberi tumpuan program ceramah oleh ulama China sendiri berbanding jemput pendakwah asing.

Matlamat pihak pemerintah adalah supaya masjid di seluruh China menjadi “wadah utuh untuk penganut Islam mempelajari tentang parti dan undang-undang serta dasar negara” di samping fungsi asas sebagai rumah ibadah.

Ini sekali gus mewujudkan “pemahaman identiti China yang sama” antara Muslim dengan penduduk majoriti Han. Islam adalah salah satu daripada lima agama yang diiktiraf oleh Parti Komunis China yang asasnya tiada agama.

Negara itu ada lebih 30 juta penduduk Muslim yang menikmati kebebasan beragama termasuk pensijilan makanan halal, urusan perkahwinan, ibadah haji, perbankan patuh syariah, tanah perkuburan khas dan cuti perayaan Islam.

Namun sekatan tertentu di wilayah barat laut iaitu Xinjiang, yang menjadi tempat tinggal sebahagian besar Muslim Uighur masih dilaksanakan dengan golongan dewasa etnik tersebut tidak dibenarkan memelihara janggut panjang.

Pihak berkuasa China mendakwa bahawa langkah keselamatan itu bertujuan untuk mengawal daripada tersebarnya fahaman radikal dan gerakan pemberontak bersenjata oleh puak pemisah tempatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori