Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pegawai Kanan GLC Dibebaskan...

KOTA BHARU - Seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di sini yang...

Ambil Serius Aduan Gangguan...

KUALA LUMPUR – Majikan diminta memberi perhatian serius kepada aduan oleh pekerja mereka...

“Jangan Panggil Saya Rasis”...

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan jangan panggil dirinya 'rasis' kerana...

Pos Malaysia Kekal Kecemerlangan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pos Malaysia Berhad akan...

Mathew Ryan Tanggung 27 Ahli Keluarga Ke Piala Dunia

MOSCOW – Mathew Ryan tidak akan rindukan keluarganya sepanjang Piala Dunia kali ini apabila penjaga gol Australia itu membiayai perbelanjaan 27 ahli keluarganya untuk datang ke Rusia bagi menyokongnya dan pasukan Socceroos.

“Ini kali pertama saya membiayai perbelanjaan keluarga selain ibu dan adik saya untuk datang dan menyaksikan perlawanan,” kata Ryan menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan membabitkan Australia dan Peru.

“Jelas sekali Piala Dunia tidak datang selalu, jadi inilah peluang saya untuk berkongsi perkara ini bersama mereka.

“Saya bertanya ahli keluarga jika mereka berminat dan jika mereka boleh datang. Separuh daripada mereka mengatakan ya dan separuh lagi tinggal di rumah. Agaknya, mungkin bagus untuk akaun bank saya.”

Ryan mendedahkan berapa banyak yang dibelanjakannya untuk membawa ahli keluarga tetapi dipercayai sekitar setengah juta dollar.

Penjaga gol berusia 26 tahun dari New South Wales itu membawa ahli keluarganya ketika dia bermain dalam kedua-dua perlawanan membabitkannya, tewas 1-2 kepada Perancis dan seri 1-1 dengan Denmark.


“Tiada yang lebih hebat daripada dapat melayan keluarga dengan baik dan menjaga mereka dan saya bertuah dan bersyukur dengan bola sepak membolehkan saya berbuat demikian,” kata Ryan yang turut mewakili Brighton and Hove Albion dalam Liga Perdana Inggeris.

Ahli rombongannya membabitkan sepupunya berusia tiga tahun hinggalah datuknya yang berusia sekitar 70-an.

Australia perlu menewaskan Peru yang sudah pun tersingkir dan berharap Denmark tewas kepada Perancis pada masa sama untuk mengelak tersingkir di peringkat kumpulan. – Agensi

Kategori