Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kes Denggi Pulau Pinang...

GEORGE TOWN - Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan sebanyak 24.3...

Wanita Selamba Pakai Masker...

KERANA mahu cantik, seorang wanita langsung tidak mempedulikan orang ramai sebaliknya dia dengan selamba...

Pindaan RUU MKN Perlu...

JEMPOL - Pindaan kepada Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) harus dipercepatkan...

KJ Sindir PH Dulu...

SINIS... Khairy Jamaluddin persoal keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih laksanakan Bantuan Sara...

MB, Exco Wajib Isytihar Harta – MB Negeri Sembilan

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata beliau dan 10 barisan Exco kerajaan negeri wajib mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh masa sebulan ini.

Katanya pengisytiharan harta itu penting untuk rakyat memastikan kerajaan negeri telus melaksanakan tanggungjawab mengikut peraturan ditetapkan.

“Keputusan mengenai perkara itu dicapai pada mesyuarat Exco Rabu lepas. Pengisytiharan harta saya, anggota Exco dan wakil rakyat boleh dilihat di laman web portal Negeri Sembilan. Pengisytiharan ini adalah sejajar dengan apa yang kita janjikan dalam manifesto Pakatan Harapan,” katanya kepada Bernama selepas majlis Khatam Al-Quran Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya beliau juga mengkaji untuk sama ada untuk mendedahkan pengisytiharan harta yang dibuat pegawai kerajaan khususnya ketua-ketua jabatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri setiap tahun.

“Sama ada pengisytiharan harta tersebut dibolehkan atau tidak didedahkan pada orang ramai ia sedang dikaji… pegawai kerajaan buat masa ini mengisytiharkan harta mereka setiap tahun. Cuma kita perlu melihat dari segi perundangan dan peraturan jabatan (untuk dedahkan),” katanya. – BERNAMA

Kategori