Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

KPN Arah Kesan Pengendali...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat...

Dua Majikan Gaji PATI...

BALIK PULAU - Dua majikan warga tempatan dan tujuh pendatang asing tanpa izin...

Muhyiddin Saksi Penyerahan Tugas...

KUALA LUMPUR - Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia...

Laporan Awal Nahas AirAsia...

LAPORAN awal kejadian nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang sedang disiapkan tidak akan disertakan...

Melaka Kaji Semula Sistem Penyaluran Dana Sukan

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan mengkaji semula sistem penyaluran dana atau peruntukan kepada persatuan sukan di negeri ini supaya lebih adil dan sistematik.

Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee berkata sistem penyaluran peruntukan sedia ada yang dikendalikan Majlis Sukan Negeri (MSN) akan meluluskan dana yang dimohon selepas kejohanan, latihan, program atau aktiviti sukan dilaksanakan persatuan terlibat.

“Melalui sistem baharu yang akan dilaksanakan nanti dana yang dimohon disalurkan lebih awal sebelum program sukan dilaksanakan dan kita harap ia dapat membantu persatuan terlibat melaksanakan aktiviti seperti yang dirancang.

“Selain itu, kaedah berkenaan dilihat dapat membantu persatuan sukan mencari penaja lain sekiranya peruntukan yang diperoleh tidak mencukupi kerana kebiasaannya mereka tidak akan dapat jumlah dana penuh yang dimohon daripada MSN ekoran kekangan peruntukan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata sistem baharu berkenaan penting ke arah menyumbang kepada pembangunan sukan negeri yang lebih gemilang, maju dan berdaya saing serta melahirkan lebih banyak atlet pelapis khususnya untuk sukan berprestasi tinggi.

Katanya terdapat 38 persatuan sukan di negeri ini yang berdaftar di bawah MSN dan setiap persatuan itu terdapatnya kelab sukan yang bernaung di bawahnya.


Mengulas lanjut, Kerk berkata sistem penyaluran dana sedia ada menyebabkan pihak persatuan tidak dapat merancang program dengan baik ekoran kekangan peruntukan sehingga terpaksa meminta bantuan kewangan daripada Anggota Parlimen dan juga Anggota Dewan Undangan Negeri melalui dana sumbangan khidmat masyarakat.

Beliau berkata bagaimanapun pengagihan dana sumbangan khidmat masyarakat itu dilakukan secara ‘first come first serve’ kerana ia tidak memperuntukkan secara khusus untuk tujuan pembangunan belia dan sukan.

“Persatuan yang lewat mengemukakan permohonan tidak akan dapat sebarang dana atau sumbangan menerusi dana itu kerana ia juga terhad,” katanya. – BERNAMA

Kategori