Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ban Rosak Akibat Fenomena...

SHAH ALAM - Semua ban di kawasan pesisir pantai di Selangor yang rosak...

Tragedi Tidur Di Landasan...

Kota Bharu : Tindakan dua remaja yang tidur di atas jambatan landasan kereta...

Kepong BC Akhiri Cabaran...

GENTING HIGHLANDS - Juara bertahan, Kelab Badminton Kepong (Kepong BC) menamatkan kempen Cabaran...

2 ADUN DAP Kembali...

IPOH - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang 'merajuk' selama dua...

Mesyuarat CEP Tidak Sentuh Hal Bubar Jakim

TIADA perbincangan berhubung cadangan pembubaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini, kata Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Mufti Wilayah Persekutuan tersebut berkata mesyuarat yang berlangsung selama 90 minit itu hanya menyentuh penerangan berhubung tafsiran ayat-ayat al-Quran dan hadis berkaitan suasana masyarakat masa kini dan negara.

“Tiada (perbincangan mengenai Jakim). Bahkan, saya pegang apa yang Tun (Dr. Mahathir Mohamad) nyatakan semalam bahawa isunya bukan membubarkan (Jakim), ia mengenai peranan.

“Dan juga bagaimana mengemas kini atau memperkasakannya,” kata Zulkifli kepada pihak media selepas menghadiri mesyuarat bersama panel CEP di Menara Ilham, di ibu negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata peranan Jakim akan dibincangkan semula dengan mengumpulkan sejumlah ilmuwan Islam serta cendekiawan lain untuk membincangkan masa depan jabatan itu.


Mahathir berkata langkah tersebut adalah bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan seperti sekarang, atau dikembalikan kepada tujuan asal ia ditubuhkan dulu.

Mesyuarat CEP hari ini turut memanggil pakar dalam bidang masing-masing seperti Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose mewakili Majlis Profesor Negara, Tan Sri Dr. Yahya Awang (perubatan) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (penggiat seni). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Jakim

Kategori