Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PKPD Di Asrama Pekerja...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama...

Mahkamah Khas Siber Ditubuh...

CYBERJAYA - Penubuhan Mahkamah Khas Siber tepat pada waktunya memandangkan trend jenayah siber...

Penyokong Mexico Berpesta Rai...

MEXICO CITY - Ratusan penyokong Mexico berpesta di luar kedutaan Korea Selatan di...

Tindakan Tegas Terhadap Peneroka...

MELAKA – Tindakan tegas undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan penerokaan...

MOA Kenal Pasti Projek Bermasalah, Tertangguh

MUAR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sedang mengenal pasti semua projek-projek yang menghadapi masalah serta tertangguh di bawah kelolaan agensi dan badan kementerian itu.

Menterinya Salahuddin Ayub berkata pihaknya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan untuk menyemak status terkini projek terbabit dan menyerahkan laporan kepadanya selewat-lewatnya hujung minggu ini.

“Antara agensi telah mula diambil tindakan ialah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas). Beberapa agensi lain turut diberi perhatian serius dan kita cuba selesaikan dalam minggu ini. Sekiranya ianya melibatkan perundangan kita serahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat.

“Kita akan pastikan ‘sampah-sampah sarap’ ini dapat dibuang dengan cepat, mana-mana (agensi dan badan) yang menganggu matlamat dan objektif kementerian, kita ambil tindakan. Kita mahu ianya dapat diselesaikan dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di Tapak Projek Perintis Ternakan Kerang dan Tiram di Kolam Laman Alamjaya, Parit Bulat Laut, di sini hari ini.

Beliau berkata projek-projek yang menghadapi masalah serta tertangguh itu memberi impak negatif kepada usahawan yang terbabit sekali gus menganggu usaha kementerian untuk mencapai objektif yang dirancang.


Sementara itu, Salahuddin berkata segala kerenah birokrasi yang masih wujud di agensi dan badan kementerian itu akan dihapuskan bagi mempercepatkan proses penyaluran bantuan kepada pemohon yang terlibat.

“Kita akan sentiasa berbincang bagi memastikan bantuan cepat sampai dan sampai kepada golongan sasar. Kita akan kurangkan kerenah birokrasi tanpa menjejaskan perkhidmatannya, contohnya projek tiga bulan kenapa tak boleh dipendekkan kepada satu bulan,” katanya. – BERNAMA

Kategori