Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kami Tak Tahu Lokasi...

WASHINGTON - Menteri Luar Adel al-Jubeir berkata, kerajaan Arab Saudi tidak mengetahui lokasi...

Batal Kahwin Sebab Bakal...

NEW DELHI - Seorang doktor di India nekad mengahwini seorang wanita yang langsung...

3 Pelajar Ditemukan Mati...

KOTA KINABALU - Tiga pelajar lelaki ditemukan mati lemas ketika menyertai program perkhemahan...

Jom Sertai Pertandingan Tidur...

TAHUKAH anda, ada pertandingan tidur kebangsaan? Ia pertama kali dianjurkan di Sepanyol pada...

Mohd Amar Seru Anggota UMNO Sertai PAS

KOTA BHARU – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini menyeru mana-mana anggota UMNO yang memperjuangkan Islam untuk menyertai parti itu.

Beliau berkata PAS sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana pihak yang boleh menerima dasar parti itu untuk bersama PAS bagi terus memartabatkan Islam di Malaysia.

“Rancangan (untuk tarik anggota UMNO sertai PAS) itu tak ada tapi pintu kita sentiasa terbuka. Siapa sahaja yang boleh bersama dan menerima perjuangan kita, kita alu-alukan sebab kita tak bermusuh secara peribadi, kita bermusuh dari segi perjuangan politik.

“Yang mana ada cita-cita (nak memartabatkan) Islam semua tu duduk dengan kita, perkuatkan perjuangan Islam di Malaysia untuk masa depan. Kita percaya ada anggota UMNO yang semangat Islamnya tinggi yang bercita-cita nak tengok Islam berjaya, cuma dia pilih UMNO (sebagai wadah perjuangan),” katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Ditanya mengenai masa depan UMNO, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata ini merupakan masa yang tepat untuk parti itu dibubarkan kerana UMNO tiada apa-apa lagi untuk ditawarkan kepada rakyat.

Beliau berkata tiada lagi pemimpin sama ada yang telah lama bersama dengan parti itu atau pemimpin baharu yang boleh membangkitkan kembali UMNO selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu.


“Pada pandangan politik saya, UMNO ini sudah tamat tempoh dan ini masa terbaik untuk UMNO ini dibubarkan. PAS buka pintu seluas-luasnya kepada kawan-kawan dalam UMNO untuk memulakan satu perjuangan baharu.

“Apa yang UMNO nak tawarkan lagi kepada masyarakat. Nak tawar pembangunan UMNO sudah tak ada kerajaan. Kalau nak bercakap pasal Islam, UMNO memang tak berjuang atas dasar Islam jadi tak ada benda untuk ditawarkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori