Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sudirman Haji Arshad Ikon...

KUALA LUMPUR - Bagaikan lagu dan irama, nama Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad...

Anwar Menghadap Agong 12.30...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap Ketua...

Mahkamah Nepal Perintah Had...

KATHMANDU : Mahkamah Agung Nepal memerintahkan kerajaan untuk mengehadkan bilangan permit mendaki gunung...

‘Pegawai Tentera’ Letup Bom...

Manila - Dua maut dan tiga yang lain cedera apabila seorang suspek lelaki...

Mohd Shafie Pohon Batalkan Saman Musa Aman

KOTA KINABALU — Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah memohon bagi membatalkan saman oleh pendahulunya Tan Sri Musa Aman atas alasan bahawa Musa tidak mempunyai sebab munasabah untuk mencabar pelantikannya sebagai ketua menteri pada 12 Mei.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Mohd Shafie berkata saman itu “memalukan, sembrono, dan menyusahkan” dan salah guna proses mahkamah.

Beliau adalah defendan kedua dinamakan oleh Musa pada saman 17 Mei terhadap Tuan Yang Terutama (TYT), Tun Juhar Mahiruddin.

Permohonan Mohd Shafie difailkan di mahkamah tinggi pada Isnin menerusi peguamnya Tetuan Lind Willie Wong & Chin; dan notis permohnan juga disampaikan kepada peguam Musa Tengku Fuad Ahmad.

Dalam afidavitnya bagi menyokong permohonan pembatalan saman itu, presiden Parti Warisan Sabah itu berkata adalah tidak dapat dipertikaikan bahawa beliau adalah “Ketua Menteri Sabah” yang sah oleh kerana partinya dan rakan mereka PKR, DAP dan UPKO mempunyai majoriti jelas 35 anggota dewan negeri (ADUN) berbanding Barisan Nasional (BN) Sabah dan STAR Sabah 25 ADUN di dewan negeri 60 anggota.

Mohd Shafie berkata beliau telah sewajarnya mengangkat sumpah di hadapan TYT di bawah Artikel 6(3) Perlembagaan Sabah yang membenarkan TYT melantik ketua menteri berdasarkan pertimbangannya bahawa individu seumpama itu bermungkinan mendapat sokongan majoriti.

Beliau berkata TYT telah juga bertindak menurut Artikel 7 (1) Perlembagaan Negeri oleh kerana Musa yang mengangkat sumpah pada 10 Mei telah hilang majoriti di dalam dewan.


Mohd Shafie memberi alasan sejajar dengan semangat artikel itu, Musa tidak memohon pembubaran dewan undangan negeri bagi membuka jalan untuk pilihan raya baharu diadakan, dan Musa sepatutnya telah meletak jawatan bersama kabinetnya.

Mohd Shafie dalam permohonannya, mengambil contoh kes autoriti Perak melibatkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (dari PAS) lawan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (BN) dalam mana mahkamah memutuskan bahawa Mohammad Nizar dianggap telah meletak jawatan dan mengosongkan pejabat Menteri Besar sekalipun tanpa mengemukakan peletakan jawatannya.

Dalam afidavitnya, Mohd Shafie juga menimbulkan soal sama ada upacara angkat sumpah Musa pada 10 Mei dilakukan di bawah tekanan memandangkan laporan polis yang dibuat oleh TYT terhadap Musa kerana ugutan jenayah. — BERNAMA

Kategori