Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anwar Arah Lembaga Disiplin...

AYER KEROH - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Lembaga Disiplin parti...

Sistem SST Akan Kembali...

BALIK ASAL... Jutaan rakyat Malaysia akan kembali kepada rejim sistem percukaian konsumer versi...

Bayi Maut, Ibu Terlupa...

KES kecuaian ibu bapa meninggalkan anak kecil di dalam kereta secara bersendirian bagaikan...

Tok Mat Janji Guan...

PAGOH - “Jika ada penyelewengan, kita akan bawa Lim Guan Eng ke mahkamah,...

Mohon Maaf Video Ayat Lucah, Zalfa Ambil Iktibar

DISEBABKAN penyebaran video temuramahnya bersama beberapa individu demi mempromosikan sebuah produk, pelakon Zalfa Zain kini telah memohon maaf atas kesilapannya itu.

Baca: Demi Marketing, Sampai Sanggup Malukan Wanita

Menurut Zalfa atau nama sebenarnya Norzafifah Mohd Zain, video berkenaan telah dirakam lebih setahun lalu dan ketika itu dia masih lagi bergelar pelakon iklan secara aktif.

“Saya mengakui kesilapan dan dari lubuk hati saya minta maaf kerana menerima tawaran berlakon iklan itu. Ia sudah setahun lalu dan saya tidak pasti mengapa sekarang ia menjadi tular dan dikongsi di media sosial.

“Saya terkejut sejak minggu lalu ia dikongsi dan laman sosial saya menjadi sasaran netizen yang menganggap saya menjatuhkan maruah wanita,” ujarnya ketika dihubungi oleh pihak mStar Online.

Video yang dimaksudkan itu sememangnya dikecam hebat oleh netizen kerana dianggap sebagai menjatuhkan maruah kaum wanita kerana soalan yang diajukan olehnya merupakan soalan berkaitan aset wanita.

Malah perkara itu turut dilihat agak melampau apabila soalan tentang bentuk payudara dan punggung turut diajukan kepada beberapa individu lelaki lain.

Bagaimanapun tambah Zalfa, dia terpaksa menyebut perkataan berunsur lucah demi atas permintaan klien selepas bersetuju untuk menjayakan iklan berkenaan.

Dalam masa yang sama, individu yang telah ditemuramah itu turut merupakan antara pelakon iklan yang telah dibayar bagi memberikan jawapan seperti yang telah dirancang.


“Ketika penggambaran itu saya diminta untuk bertanya beberapa soalan biasa, namun selepas itu mereka minta saya tanya perkataan-perkataan tanpa berlapik.

“Saya setuju kerana beberapa individu yang saya tanya itu juga talent yang dibayar untuk berlakon dalam iklan itu. Pada waktu itu saya memang tidak mahu tetapi terpaksa kerana sudah dibayar,” katanya lagi.

Selain itu, pelakon drama Mona Lisa itu juga tidak menafikan dakwaan bahawa ada pihak yang cuba untuk memalukan dirinya dengan cara menyebarkan video lama itu.

Baginya, apa yang terjadi itu merupakan pengajaran buat dirinya supaya lebih berhati-hati dalam memilih sebarang tawaran pada masa akan datang.

“Dulu saya akui tidak fikir panjang dan buat itu sebab duit sahaja. Saya tidak sedar perkara itu boleh merosakkan kerjaya saya yang baru bertapak ini.

“Sekali lagi saya benar-benar minta maaf kepada pihak yang tersinggung dengan video berkenaan,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori