Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pengguna Lorong Kecemasan, Anda...

DALAM keadaan cemas tatkala berlaku kecelakaan jalan raya, setiap manusia tidak kira pangkat...

Duda Tiga Anak, Remaja...

ALOR SETAR - Seorang duda tergamak membawa anak perempuannya berusia 11 tahun ke...

Sudah Masanya Sistem Cukai...

KUALA LUMPUR - "Sudah tiba masanya sistem cukai Malaysia dirombak agar lebih berkesan...

Main Bola Tak Pakai...

SEORANG wanita Iran mengemukakan permohonan suaka politik di Switzerland kerana bimbang dipenjarakan selepas...

“Mungkin Tun Mahathir Perli Saya” – Khairy

KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak mengambil serius kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebaliknya menyifatkan kata-kata Perdana Menteri itu terhadapnya sebagai sindiran.

Respons itu dibuat Khairy sebagai menjawab kenyataan Dr. Mahathir yang Ahli Parlimen Rembau itu adalah calon terbaik untuk bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Khairy yang ditemui pemberita hari ini, berkata, beliau tidak fikir Dr. Mahathir serius ketika mengeluarkan kenyataan itu mengenai dirinya.

“Tun M (Dr. Mahathir) selalu sarkastik. Mungkin dia perli saya.

“Saya anggap Tun (Mahathir) hanya (beri kenyataan) sarkastik,” katanya ringkas.

Jumaat lalu, Khairy menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.


Semalam, Dr. Mahathir berkata, Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan adalah calon terbaik untuk bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Perdana Menteri berkata, Khairy adalah antara pemimpin dalam UMNO yang paling layak untuk kembali memperkasakan parti itu selepas kehilangan kuasa Kerajaan Persekutuan dan di kebanyakan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“La ini dia (UMNO) nak bertanding (jawatan) ketua pun boleh bertanding…saya dapati calon ketua (Presiden) terbaik ialah Khairy,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Kedah. – myMetro Online

Kategori